Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 29, 2011

WP : HIV Test

Hellow,

As planned, HIV test aku dah settlekan. So dalam minggu ni nak settlekan pasal borang kebenaran kahwin. Pape pun nak kena tunggu encek kajicuaca settlekan bahagian dia dulu la baru aku dapat proceed. Bunga sakura aku dah beli 10 bunch *hamek kau* dekat Dios tengahari tadi.

Letih gila hari ni. Nak buat HIV test pun payah benar. 3 klinik kesihatan aku terjah. Pagi-pagi semangat pergi KK dekat Bt 14, Puchong. Sekali kena wat appointment on 4th April daa..takde keje kot aku nak amek cuti banyak kali. Sepatutnya boleh walk in je tapi sebab ape jadah benda nak buat test tu dah habes, so paling awal Isnin depan. Sebab taknak buang masa and cuti, aku gerak gi KK Sri Kembangan. Sampai sana tanya dulu, pun sama jugak paling awal appointment 4hb. Last aku try call dulu KK Kelana Jaya. Sekali call dia kata boleh walk in je, tapi datang petang pukul 2. Sampai sana dalam pukul 1, isi nama sume, pukul 2 datang amek borang and no giliran. Tunggu kejap, dia panggul buat test, tunggu result and ta-daa siap pukul 3. Kejap je. Habis cite tak payah amek cuti next week. Pape pun, benda da settle. Alhamdulillah.

Semalam duduk merewang dekat office, terjumpa template DIY thank you tag yang sangat comel. Sebabkan comel gile, aku rasa aku nak re-do tq tag aku balik. Hahaha..Penat tangan memotong kertas aritu, ni nak buat lagi sekali. Nasib baik kali ni dia square shape, takde lah penat sangat. Thanks to my officemate yang suka bagi idea yang best-best dekat aku. Nak kena cari kertas purple balik lah ni. Dekat office aku dah perabiskan aritu. Muahahaha..

Okeylah nak sambung potong ribbon balik. Esok nak MC, sebab aku rasa nak demam dah ni...

Til then, chiao!

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)