Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, April 03, 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Dapat call dari my best cousin semalam, yang her father dah meninggal dekat HKL dan dia perlukan pertolongan aku untuk ambil adik dia dekat sana since dia taktau apa nak buat and nowhere to go. Happened so quickly even anak arwah yang second pun tak tau yang her father dah passed away that evening. Her father took her and her friend from Tanjung Malim to National Library near Jalan Tun Razak. Dalam pukul 2 lebih, abah dia keluar and tanya pukul berapa habis and she said at 5. Pukul 5 she waited for her father at the car but he never show up until pukul 8malam and ada guard kat library tanya cari siapa since library dah tutup tapi dia dengan kawan dia still ada dekat situ. Dia kata cari abah dia and describe baju apa yang ayah dia pakai, suddenly the guard said " Ayah adik dah meninggal dekat HKL"..Nasib baik guard tu sangat baik dan tolong hantar my cousin and her friend ke HKL walaupun naik motor. Dekat sana dia buat pengecaman mayat dan it's true. Bayangkan perasaan macam mana tapi she was so strong. Aku salute lah dengan cousin aku ni sebab dia memang gila tabah punya orang. Aku sampai sana dalam pukul 9 sebab tunggu diorang ambil kereta her late father dekat library dan nasib baik polis tolong drive kan sebab dia tak tau drive sebab kereta manual.

Kitorang try pergi tempat tinggal arwah sebab nak cari medical card or apa-apa ubat yang bagitau dia ada sakit-sakit yang boleh bawak maut macam darah tinggi, kencing manis or sakit jantung. Sebabnya, as muslims kita sebolehnya taknak buat post-mortem sebab seksa mayat. Sampai tengah malam tak jumpa, and abang arwah datang settlekan semua dan memang terpaksa kena post-mortem nak sahkan sebab kematian. COD : heart attack sebab polis kata hujung jari dia dah biru-biru or something like that. Pape pun, pagi tadi jenazah siap mandi, kafan dan sembahyangkan before bertolak ke Sungai Petani sebab nak kebumikan dekat rumah. Lepas asar, jenazah dah selamat dikebumikan. Alhamdulillah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Aminn..

Al-Fatihah kepada Pak Cik Mohd Radzi B Lik.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)