Semalam lepas kerja aku pergi jumpa PA system yang akan handle kan majlis aku nanti. Person yang incharge tu sangat okey dan banyak idea. Since aku dengan encek kajicuaca ni tak reti sangat, so aku trust la orang tu untuk handle majlis aku tapi aku ada bagi aturcara majlis dengan skrip untuk dia baca. hahaha.. Sepatutnya itu hanya untuk pengacara majlis atau emcee sahaja (harga Dj dengan Emcee lain) tapi abang tu kata skrip simple so dia boleh bacakan jugak tapi secara informal la sebab dia Dj bukan emcee. Nasib baiklah juga. Pilih-pilih lagu sepanjang majlis berlangsung, dan untuk time potong cake, kitorang kena pilih 3 lagu english sebab dia kata potong cake ni selalu adat orang barat tu yang pakai english songs.
Pakej PA ni termasuk sesi karaoke sekali. So siapa-siapa yang nak nyanyi tu boleh stay until 3 pm sebab time tu baru start dan ada special songs yang pengantin kena nyanyi..demmit..i hate karaoke. Dah le sore aku ala-ala katak panggil hujan, mesti kena gelak! huahuahua. *habis nyanyi larik gi flush muka dalam jamban*
So lepas discuss itu ini bayar deposit semua, aku dengan encek kajicuaca kena gerak sebab dia nak kena jumpa PPN untuk sign forms kahwin dia lepas Isya'. Forms nak kena re-print sebab dia suka suki je isi tulisan besar kecik. Ingat nak submit art contest hape? Aku pulak tukang susun-susun dan clip. Kalau tak memang berterabur sume benda. PPN pun siap puji dia kata forms dia teratur and complete. Thanks to me lah kan? hahaha.
Anyway semalam aku dah berjaya potong, lipat dan iron satin ribbon aku yang nak lekat dekat mini jar for centerpiece sampai habis. Nasib baik tak banyak cam doorgift, kalau tak memang merana.
![]() |
| Centerpiece yg tak berapa nak center. |
Til then, chiao!



waaaa i x settle2 lg bab PA system ni...ish ntah2 xde PA system time kawen nnti...ngaaaaa
ReplyDeleteNana : PA Sys selalu sebulan sebelum pun sempat la dear..dun worry..(:
ReplyDelete