Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, May 20, 2011

Crime Scene Investigation

Hellow,
 
Semalam rumah aku hilang barang lagi. Kali ni handbag mak aku yang ada atas katil dalam bilik aku. Malam semalam around pukul9 lebih aku naik bilik nak ambil bag sebab nak packing baju untuk trip today. Masa aku bukak bilik tu, lampu memang dah terpasang since aku memang switch on lampu sebelum blackout masa hujan semalam. Aku terdengar bunyi tapak kasut dekat tingkap bilik aku. Aku amek masa few minutes nak recognize bunyi tu sebab aku takut tersalah dengar bunyi hujan. Sah memang bunyi tapak kasut orang. Terus aku check ayah aky tengah buat apa dalam bilik. Sebabnya ayah aku suka keluar dekat belakang tu. Bila tengok ayah aku tengah tido, aku rasa tak sedap hati. Aku turun panggil mak aku naik. Masa tu memang aku tak perasan pun bag tu ada ke tak. Bila check tengok ada buluh panjang dekat luar tingkap bilik aku. Satu dari cermin tingkap memang takde sebab pecah hari tu. Setengah jam lepas check-check sume baru mak aku perasan yang bag yang dia letak atas katil aku hilang. Dia try cari dalam bilik dia, dekat hall bawah and tempat-tempat lain manatau dia salah letak tapi takde. Memang confirm lah ni orang tu yang ambil pakai buluh. Yang menghairan bin ajaib kan aku, macam mana orang tu boleh aim rumah aku je tapi rumah orang lain tak pulak and macam mana dia boleh berani buat time-time macam tu. Rumah aku tepi jalan je. Lampu terang plus jiran cina belakang rumah aku tengah memasak.
 
Aku tak puas hati betul sekarang. Aku nak tau sape mastermind yang asyik nak mencurik dekat rumah aku ni. Kalau nak diikutkan, rumah aku lah yang paling tak best sekali dari rumah-rumah lain. Rumah lain nampak la jugak macam ada chance barang-barang berharga banyak dalam tu. Tapi rumah aku ni haa..haishh..malas nak cakap la. Aku just doa yang orang tu akan pulangkan bag mak aku balik since ada banyak barang penting bagi mak aku dalam tu. Duit, jewellery and benda yang boleh bagi duit kalo dia nak curi silakan, ic, bank card, lesen tu pulangkan balik. Bukan berguna pun dekat pencurik tu. Paling menakutkan sekarang, kunci spare, kunci kereta and card kereta ada dalam handbag tu. Tapi, nak ke dia curik kereta mafia tu? Hahaha. Kalau nak jual pun, err tak berbaloi kot.
 
Mak aku pun macam dah blur je semalam tak tau nak buat apa. Ajak pergi report polis pun dia macam blur. Dia just duduk dekat kerusi and selawat banyak kali lepas tu baca doa-doa yang sepatutnya. Mungkin mak aku akan buat solat hajat tiga malam berturut-turut start malam ni. Aku pun sekali baca potong-potong ayat untuk kejadian macam ni.
 
Malam ni lepas maghrib dah nak gerak ke Skudai. Aku memang tak sedap hati nak tinggalkan mak aku dekat rumah untuk few days ni. Entahlah, aku risau. Aku memang tak puas hati dengan pencuri tu. Dalam 5 bulan ni je dah 4x dia datang rumah aku. Dari rumah aku berpagar besi sampai bertembok batu pun still datang mencuri. Aku suspect something fishy dengan kejadian ni. Aku taknak cakap apa dia, tapi once bila aku dah confirm tau lah nasib kau. Aku doakan supaya orang yang mencuri tu akan sakit sampai dia pulangkan barang-barang yang dia dah curi tu. Doa orang yang teraniaya ni Allah makbulkan kot.
 
Insyaallah.
 
Til then. Babai.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)