Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 16, 2011

Monday Madness


Hellow,

Dah 3 draft masuk dalam blog aku harini.

Tak tau nak tulis pasal apa. Macam-macam rasanya nak tulis.

Hari ni bosan sangat. Dalam office ni ada berapa kerat je dekat bahagian aku duduk ni.

Yang lain-lain sambung cuti dari weekend sampai esok. Aku pulak cuti esok sampai rabu sebab rabu ada interview. Harap-harap lah dapat. Tak dapat takpe. Takde rezeki nak kerja government.

Balik ni rasanya aku nak sambung cat bilik bawah tu sampai habis. Nak taknak kena habiskan jugak sebab lepas ni aku akan busy dengan class, lab etc.

Lepas settlekan cat bilik, nak susun bedroom set dalam tu. Lepas tu hujung bulan baru beli barang nak decorate bilik.

Habis semua tu, nak peningkan kepala fikir pasal idea nak decorate hantaran. Susah jugak kalau nak buat sendiri ni. Save budget kan, tapi nak cantik macam pro buat memang tak dapatlah.

Artificial flowers da beli, bunga dulang dah beli (tapi rasa macam tak terpakai je nanti), bakul dah beli (5 set) dan bantal hantaran dah siap. Ingat nak cantikkan bakul dengan manik-manik yang berjuntai tu dekat keliling bakul dan artificial flowers yang beli hari tu nak susun dalam bakul keliling hantaran.

Rupa yang dah siap tu tak tau lah macam mana, tapi gambaran idea tu dah ada tapi tak tau cantik ke tak. Hmm..pening-pening. Tinggal sebulan lebih je. Pejam celik je kang dah tinggal sebulan. Memang gabra lah lepas tu.

Tema aku ni dah macam mix and match da. Mini jar belum basuh lagi, item untuk buat centerpiece pun belum beli lagi, idea untuk deco hantaran pun samar-samar. Esok kalau rajin aku nak kosongkan bakul baju aku tu dan nak basuh mini jar. Kena nekad kali ni baru boleh gerak.

Semangat! Semangat!

Okey, time to go home dan jadi tukang cat.

Till then, adios!

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)