Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 09, 2011

Painter

Hellow,

Semalam beriya nak cat bilik. Lepas tu ayah aku kata,

"kedai hardware hari ahad tutup". 

Aku terus jawab, 

"Owh, yeke"

Ada sedikit kekecewaan disitu. Tengah semangat gila nak cat, tapi tak dapat beli cat. Hari ni pergi kerja mintak pendapat abang dan kakak-kakak di office. Dapat la info pasal nak mengecat and nak decorate bilik macam mana. Paling penting sekali, MIRROR, mirror in the wall. Ok tu benda paling penting sebab deme sume kata nak bagi bilik tu nampak luas. Yes, aku memang setuju 100%. So cermin dekat IKEA tu akan aku beli 2 pack. Maknanya ada 8 keping cermin 30cmx30cm. Tapi aku nak pakai 6 keping je kot. Yang lagi dua tu, pandai-pandai la nak letak memana.

Petang balik kerja, singgah kedai hardware. Punya la berejam*ye aku tipu* dalam kedai tu, baru beli satu tong 7 liter. Harga dia tak payah cerita, as low as reasonable price..haha..bukan nak canguk lama pun dalam bilik tu.
Balik rumah, nampak lagi satu tong cat brand sama tapi colour lain dekat depan pintu. Sudahhh..ayah aku pulak dah beli satu tong dah cat. Colour tu aku harap darker sikit dari yang aku beli dan matching. *crossfinger* Try nak bukak cap cat tu, haram tak terbukak sikit pun. Kena tunggu ayah aku balik suruh dia buka. Sementara tunggu, aku lekat masking tape dekat keliling grill, switches dengan plug point. Harap-harap ayah aku tak marah nanti. -______-"

Aku try google colour yang ayah aku beli tu. Keluar la few images yang colour lain-lain, tapi yang aku paling berkenan macam ni :


Masalah sekarang bedroom set aku colour brown-black. Macam tak kena jeeee...

Sadis betul.

Ok. Aku kecewa. Nak try bukak tong cat pulak.

p/s : kedai hardware mana TUTUP hari ahad. Pengakuan berani pekerja kedai tu sendiri.

Till then, bye.

2 comments:

  1. cat warna apa yg u beli?

    *sebok je nk tahu* kekeke

    ReplyDelete
  2. Nana : Colour rose offwhite takpun orchid white. Soft and light colour tu..nak kasi bilik nampak besar..(:

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)