Sekejap je dah masuk hari ahad. Esok kena pergi kerja. Adoii malasnya. Hari ni kena try pakai contact lense lagi. Nak biasakan mata ni je. Kalau ikut aku yang malas ni, hari nak nikah baru la terhegeh-hegeh nak pakai. Haha. So hari ni, sebelah kanan punya lens pakai terbalik. Patut lah tak selesa and lens tu macam nak slide ke bawah mata je. Seram woh! Bila call my sis dia kata mesti terbalik tu. So bila keluarkan balik lens dan terbalikkan terus dah okey melekap kat mata. Dalam pukul 6 petang nanti baru bukak balik.
Berbalik kepada tajuk asal entry, aku bercadang nak buat potpourri bottles. Tengahari tadi dok godek-godek extra barang kahwin kakak aku dulu, terjumpa lah botol yang dia isi potpourri untuk doorgift majlis dia tahun lepas. Tiba-tiba dapat idea. Potpourri dia pun still banyak lagi dalam plastik, so jangan lah kita bazirkan ye. Contoh dia takde plak dalam google ni. Nanti bila dah siap baru aku letak dalam blog ni. Yang ni khas untuk first 20 guests yang sign on guestbook nanti je. Sebab ada lebih 20 botol je. Hehe.
Bila nak buat tak tau lagi, tengoklah bebila yang senang. Banyak benda nak buat. Ni tengah nak buat sticky post untuk STD. Ada lagi 20 hari lagi ikutkan wedding countdown tu. Perghh..cam tak percaya.
Oh aku dah jumpa potpourri dalam botol dekat google. Kena search keyword in Malay baru keluar. Haha! Dah masuk satu lagi item dalam to-do list aku. Haishhh..
| Source : here |
![]() |
| Source : Here |



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)