Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, June 30, 2011

L.A.M : First




Hellow,

Hilang momentum nak tulis entry. Busy. Too busy to cope with marriage life. I'm trying to adapt myself into the new environment, new families and new responsibilities. Dah lima hari kahwin, tapi still belum singgah rumah in law sebab tak berkesempatan lagi. Encek kajicuaca ada lah jugak singgah rumah parents dia sebab nak ambil barang-barang keperluan dia sebab nak pergi kerja. Memang nak singgah, tapi kalau dah balik kerja lalu jalan lain, macam mana nak singgah. Lain lah kalau mak kerja, at least lalu lah jugak rumah in law dan boleh singgah. Insyaallah lepas majlis bertandang weekend ni, aku akan rajin-rajinkan diri ni singgah sana.

Semalam dah hantar satu salinan borang terima jawatan dekat SPA. Siap pakai pos laju lagi sebab nak bagi cepat sampai. Cepat lah sangat silap-silap next week baru sampai kot. Hampeh betol pos laju dengan pos ekspress sekarang ni. Tagline "Dijamin Sampai Esok" tu tak boleh pakai pun. Sekarang nak kena tunggu surat penempatan dengan tarikh lapor diri. Berdebar-debar rasanya nak tunggu. Tak tau mana lah aku ni diorang nak campakkan. Harap-harap dekat-dekat sini jelah sebab aku taknak kacau study aku sem depan.

Apa pun yang datang, hadap jelah. Hadapi dengan senyuman. =)


Ok. Bye.

2 comments:

  1. selamat pengantin baru babe. sorryy takdpt dtg wedding u. semoga berbahagia ke anak cucu :))

    ReplyDelete
  2. slmt pengantin baru...nk tgk gamba plzz :)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)