Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, August 03, 2011

Seteress..haha


Hellow,

Alhamdulillah dah 3 hari aku berpuasa. Hari ni tak dapat berpuasa sama dengan Encek Kajicuaca disebabkan beliau kerja shift petang dan esok tak dapat bersahur bersama jugak. Sadis. Puasa kali ni memang sangat mencabar buat aku sebab aku hanya sempat berpuasa dengan Encek Kajicuaca selama 15 hari je kot dan selebihnya insyaallah bersama adik aku di Kedah.

Tak dapat aku nak bayangkan berjauhan dengan dia. Sedey woo, tetiba dapat surat kena report duty dekat Kedah. Adoi ai terseksa aku bila tengok tempat lapor diri last week. Sebak tetiba bila fikirkan nak raya nanti macam mana, makan minum dia macam mana, aku punya study lagi. Bila call pegawai, diorang suruh report duty dulu baru buat surat rayuan nak transfer. Ramai yang kata lambat nak dapat, ada yang kata cepat..semua depends on kekosongan atau ada yang nak tukar suka sama suka. Aku dah tawakkal dan doa banyak-banyak da ni. Harap-harap dalam masa sebulan je dapat tukar balik area KL, Selangor atau Putrajaya.

Alasan kukuh da banyak, tapi taktau lah macam mana. Tawakal, tawakal dan tawakal.  Berserah je dekat Allah. Nasib baik adik aku setuju nak temankan aku buat sementara waktu dalam masa nak tukar balik dekat sini. Dia pun tak boleh la nak teman aku lelama, dia pun nak kerja jugak. At least ada la orang teman aku dekat sana nanti. Adik sendiri pulak tu. Nak duduk dengan orang lain aku taknak sebab kalau Encek Kajicuaca datang melawat dah segan pulak mana nak letak dia.

Pasal study, sem depan start lepas raya. Class on saturday sunday dan kedah cuti on friday saturday. Ape kes? Tak pasal pasal nak kena extend ke? Dah la maybe sem lagi satu aku akan extend. Adoi ai..mana tak seteress..at least kalau berjauhan dengan suami tapi kita dekat dengan family takpe la, ni dah la jauh family pun jauh sedara mara pun jauh. Ape mau buat?

Doakanlah aku dapat harung dugaan ni dan aku dapat bertahan sementara nak tunggu transfer. Aku memang harapkan miracle happen je sekarang ni. Harapkan sangat-sangat.

T-T

Till then, chiao!

4 comments:

  1. mak oiii...dugaan betol...

    xpe la, bln puasa ni mintk doa byk2 k...wish u all the best! :)

    ReplyDelete
  2. hey asz! a'aa aku tak trigt lak pasl weekN stdy ko..beratt wess cmni..
    yg sem lagi satu tu nape.?
    bby ea..hehe

    ReplyDelete
  3. weh..ya ALLAH jauhnya..pttla ko mcm tk ok je..sabar k..semua nya ada hikmah..

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)