Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, August 08, 2011

Supermoist Eggless Chocolate Cake

Hellow,

Tetiba rajin semacam malam ni nak buat kek. Ape kes? Alang-alang nanti aku dah takde dekat rumah, aku nekad nak habiskan barang-barang aku semaksima yang boleh. Masalahnye boleh ke? Dari hari tu nak buat apam dot dot siri ulangan ke tiga tapi tak buat-buat sampai periuk kukus dah dipinjam orang. Adoi..macam-macam hal. Filling blueberry still ada separuh peket dalam fridge. Itu pun dah sebulan lebih. Agak-agak boleh pakai lagi ke tak eh? Esok aku nak check expiry date filling tu. Hehehe.

So malam ni aku buat Supermoist Eggless Chocolate Cake yang resepinye aku ambil dari SINI. Senang aje nak buatnye. Tadi aku baru dengar bunyi "tinggg!" menandakan yang cake aku dah masak. Kejap lagi nak snap gambar dan rasa dulu and then baru boleh share dengan korang sume. Dah lama tak try skill membakor kek tah jadi ke idak. Rasanya bole la jadi kot.

Ok aku dah test makan skit tadi. Kenapa rasa tawar? Sebab aku letak gula kurangkah? Oh tidak. Baru nak jadi healthy la kunun nak kurangkan gula takmo manis banget. Alih-alih jadi tak berapa nak manis je. Rasa manis kejap je then hilang zasss camtu. Silly me. Tapi bole lagi makan. Surface tak berapa nak cantik sebab aku rasa terlebih bakar, so dia cracked.

Nampak tak cracked? Too bad..:(
Aku dapat idea untuk memaniskan cake ni dengan menyiram chocolate syrup hershey's yang ada dalam fridge. Nyum nyum mesti sedap. Tapi mungkin esok masa sahur baru nak try. Itu pun kalau aku rajin nak bangun sahur memandangkan Encek Kajicuaca berkerja shift malam. Hahaha.

Oh ok. Masa untuk harvest tumbuhan raksasa di dalam game Monster World. 

Till then, chiao!

1 comment:

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)