Malam ni sambil layan bini-biniku gangster nak sambung pasal entry siang tadi.
Untuk kaki : disebabkan kadang-kadang tumit aku ni selalu pecah, maka aku pakai cracked heel cream. Ada dua jenis yang aku pakai ; Scholl dengan Kiss My Feet. Scholl dah lama pakai tapi bila dah habis singgah farmasi masa beli upt dulu nampak cream murah terus beli. Hihi.
Untuk rambut : sebab dulu free hair aku pakai elianto serum dengan loreal anti frizz serum. Sekarang dua-dua dah tak pakai sebab rambut dah ok bila pakai tudung. Mana nak nampak rambut gerbang bagai dah sorok dalam tudung. Haha. Shampoo buat masa ni pakai dove damaged repair kalo tak silap nama dia. Beli yang besar tahan lama sebab aku basuh rambut 2 atau 3 hari sekali aje. So far rambut wangi dan lembut.
Untuk mask : aku try pakai daiso punya produk. Charcoal mask yang sakit hitam dan sakit bila nak peel off. Meleleh air mata time nk peel off tu. Hidung pulak pakai nose strip guardian. Masa beli pikir nak murah je. Hasil dia tak berapa nak best sebab tak tarik banyak black+white head. Dah beli tu pakai je la sampai habis.
Perfume : pakai apa yang ada je. Dulu dok pakai LOVE etc, sekarang pakai white musk punya range. Sponsor dari sharon untuk hantaran masa nikah dulu.
Lotion pakai johnson yang kaler pink baru tu. Tadi cari tak jumpa so takde la dalam pic. Lotion tu sangat recommended sebab bila pakai dia cepat meresap dalam kulit dan bagi tangan rasa lembut dan haluss je.
Waxing pakai Veet wax. Baru-baru ni beli satu kotak then mula-mula pakai elok je, lepas tu dah 3 4 bulan pakai balik wax dia melekat kat kaki. Tak puas hati betol tapi overall memang berbaloi pakai sebab tahan lama and makin lama makin kurang. Mungkin esok nak beli wax strip baru dan lepas ni taknak simpan lama-lama sangat.
Okey. Nak usha homework mana tau boleh buat. XD
Assalamualaikum.
Published with Blogger-droid v1.7.4



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)