Hellow,
Kalau dah nampak gambaq for sure dah tau apa yang aku buat kan? Jadinya entry kali ni nak cerita lah macam mana dari swiss roll jadi swiss cake ke triffle.
Semalam dah niat dalam lubok hati ni nak buat triffle lepas pikir-pikir siap post kat pesbuk tanya encek suami. Last-last triffle menjadi pilihan hati. Triffle nak kena pakai sponge cake atau swiss roll untuk jadi base and layer, tapi aku takde satu cake pun. Jadi tercetus lah idea nak buat swiss roll. Ni pun buat swiss roll half ingredient, tapi banyak jugak. Bila dah masak dan tebal sangat sampai tak boleh nak roll maka aku buat la macam sandwich kat atas tu. Jadi la swiss cake yang tak boleh roll. Hahaha. Lebihan yang kat tepi tu aku try makan, hasilnya tak mengecewakan. Memang sedap. Setakat ni resepi yang aku try dari belog feberet memang terbaik.
Pagi tadi, bangun awal gile kot dalam lapan stengah. Awal sebab semalam aku tido lambat. Kalau tido awal boleh la kata bangun lambat. Ye tak? Hihihi. Dah bangun awal terasa macam nak makan nasi goreng hotdog, tapi bila dah sampai dapur otomatik terus buat custard dengan jelly untuk triffle. Memang hebat. Breakfast sume lupa. Ktung ketang prung prang siaplah triffle aku seperti gambar rajah di atas.
Sekian, bye!



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)