Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 18, 2011

Spoiled by fast food.

Aku baru bernafas dalam sejam setengah yang lalu. Tengahari dah rupanya. Gara-gara tidur jam 9 pagi tadi punya pasal. Belek-belek buku manual kamera pun boleh mengantuk. Hairan. Aku ingatkan aku alahan pada buku text yang dibaca untuk menjawab exam sahaja, rupa-rupanya buku manual yang tak seberapa tebal pun sama. Failed betol.

Tengah malam semalam encek suami tiba-tiba mau makan char kuewtiow dekat Taman Medan. Isteri beliau yang rajin berjalan pum follow. Sampai sana kedai tutup! Hahaha. Lantas nak makan mekdi dekat Dataran Sunway. Tutup jugak? Kata 24 hours. What the? Balik lah makan mekdi dekat rumah je. Tol dah dua kali lalu. Habiskan duit saja.

Jam1 pagi baru sampai restoran makanan segera 24 jam tersebut. Dah sampai di kaunter, hanya menu ayam goreng sahaja yang boleh di makan. Hantam sajalah. Oh ya,fries mc shaker cheese dah ada balik ye? Rasa macam makan keropok super ring pulak. Hihi.

Balik supper trus tidur krohh krohh memang buruk perangai suami isteri ni. Hajat di hati pada entry lalu taknak makan fastfood sampai waktu yang di tetapkan, namum aku gagal menahan diri. Muahahaha. Teruk betul.

Alamak. Hujan. Nak kutip baju yang baru disidai. Jumpa lagi.

Assalamualaikum.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. x pantang betol2 ek? hehe

    tp i pon suke mkn fastfood! ngeee~

    ReplyDelete
  2. Hihi..fast food ni macam addictive wlpn skali skala. Pantang tetap pantang tapi makan apa yg boleh je. Macam fries dengan ayam goreng. Air tukar hot milo. Hehe.

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)