
6 hari lepas aku ada wat statement dekat facebook mengatakan tentang azam baru. " new year's resolution : stop spending on unnecessary stuff. Start savings back. " Jadi dah tentu la hari ni dah masuk tahun baru aku patut laksanakan azam itu. Aku gagal di hari pertama. Sadis. Hari jumaat lepas aku spending di KLCC dan MV bersama teman sekaki gossip. Berbelanja pada baju yang belum pasti akan dipakai bila. Tadi selepas redeem voucher di Darabif, encek suami ajak teman beli baju. Hasilnya encek suami dapat baju idaman, aku dapat 2 helai seluar dan sehelai kemeja kerja. Paling menarik bila kedua-dua seluar yang aku beli tak muat. TAK MUAT. Sangat sadis. Size yang sama aku beli untuk seluar brand lain tapi brand ni tak muat. Terus aku rasa sangat menyesal. Rugi taknak ambil satu size lebih besar sebab aku tahu baru-baru ni aku gained on weight atas sebab yang tidak diketahui. T-T.
Jadi bila tragedi macam ni dah jadi, aku nak tambah satu lagi azam baru : nak diet. Sebelum pregnant balik ni la nak diet nanti dah ada rezeki taknak bagi anak kurang makan. Hahaha. Masa pergi giant tadi sempat beli set ovendish yang lama didambakan. Hello baked makaroni :) #takdekenamengena. Selain tu ada beli sepasang racket badminton cap giant yang berharga RM19.99. Tulis je lah RM20 kan senang? Sebab beli cap giant adalah kerana aku tak pro main badminton dan untuk tujuan bersukan sahaja. Yelah nak menyahut azam tahun baru. 20 minit setiap sesi, dalam seminggu...hanya 3 kali..lalala.
Mungkinkah aku akan jadi shopaholic? Oh em geee..tidak! Harus lebih berhati-hati ketika ke mall. Tadi kalau dekat f.o.s boleh pakai debit card dah pasti aku akan beli t-shirt comel untuk dipakai dirumah. Nasib baik atm sangat jauh. Phewww..lega. Oh skang aku tengah babysit my comels nephew..sebelum dia menangis baik aku stop.
Assalamualaikum.
Published with Blogger-droid v2.0.1


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)