Alhamdulillah semalam dah selesai semua benda yang aku nak settlekan. Benda yang dah lama aku nak buat dari tahun lepas, tahun ni baru terlaksana. Yes, tahun lepas bukan rezeki aku nak merasa benda tu semua. Target semalam nak buka buku pink, renew lesen dan shopping sikit dah settle cuma tang shopping tu tak dapat sangat merasa keseronokkannya. Hehe.
Semalam, dengan selamba datang ke KK Putrajaya Presint 9 nak buat checkup. So kalau dah datang tanpa appoinment memang kena tunggu lebih sikit la dari orang yang ada appoinment. So far not bad la, buat buku, ambil urine, blood test, masuk bilik prosedur, jumpa doctor (sebab ada rashes bahagian breast), dental checkup and finally ambil ubat kat kaunter farmasi just took me about 2 hour and half. Tak rasa lama sangat pun masa time menunggu, yang lama time dalam bilik prosedur dan bilik doctor je. Masa sampai dekat KK tu baru nak pukul 8 dan habis around 10.30 a.m. Encik suami pun takde pulak merungut tunggu lama sebab dia dapat access WiFi dan surf internet. Nasib baik lah kan. Before ni masa datang buat medical checkup memang tak lama sangat tunggu. Kalau nak ikutkan alamat kat IC memang aku tak boleh buat checkup kat sini, tapi aku guna alamat akak aku je semata-mata nak buat dekat sini. Sebab cepat dan tak crowded. Sebelum datang semalam pun my sister dah tanya nurse pasal nak buka buku pink baru dan nurse suggest datang on Monday or Thursday sebab time tu tak ramai sangat. =)
Itu baru my 1st checkup, tak tau lah kalau 2nd macam mana lama pulak nak tunggu. Aku rasa tak lama sangat sebab just datang buat urine test dan blood test and then jumpa nurse. Tak payah nak tunggu untuk jumpa doc dan buat dental sebab 1st time dah buat. Moga Allah permudahkan urusan aku selepas ni dan seterusnya. Insyaallah. Next checkup will be on this 29th (16wk) sebab every 4 weeks kena datang kan. Then masa jumpa doc semalam, dia setkan appoinment untuk aku buat detailed scan at 20w which is next month. Itu dengan doc, dengan nurse lain pulak. Kalau nak kira-kira, aku kena ambil cuti on Thursday and Friday. Hmm, maybe boleh tukar dua-dua appoinment on the same day.
Buku pink aku mula-mula dapat sticker putih, pelik juga aku sebab my sis kata kalau ikut case aku suppose to be green sticker. Masa masuk jumpa doc, dia boleh pulak tanya aku kenapa sticker aku kaler putih and suruh aku pergi jumpa nurse yang tampal tu dan tukar sticker hijau. Sticker hijau sebab aku ada asthma and akak aku kata sebab aku ada previous miscarriage history. Aku pun tak tau, just fahamkan je lah sebabnya.
![]() |
| :) |
Ubat yang dapat semalam : Obimin and Aqueous Cream (untuk rashes). Sebetul-betulnya, aku tak boleh blah la nak makan obimin tu sebab macam taknak masuk je dalam tekak ni. Biasa makan folic acid kan kecik cenonet je, pastu tetiba nak kena telan menatang merah tu, adoiii lagi la. Ingat lepas ni nak try cari fish oil pulak tapi nak kena tanya doc dulu kalau aku perlu makan fish oil supplement. Susu sekarang pun dah tak minum. Still rasa tak lalu padahal sebelum ni semangat bukan main aku minum sampai kena beli baru.
Eh, today dah masuk 12 week pregnancy. Macam tak percaya dah sampai tahap ni. Tak sabarnya nak masuk 2nd trimester. Teringat lagi masa nak masuk 11 week tahun lepas, tapi tak kesampaian. Ok, fine aku redha. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku nikmat untuk merasa semua ni. Semoga semua akan baik-baik hendaknya. Aminn.



fes check-up memang selalunyer lame..tapi next check-up dah sekejap jer..lagi2 kalau appoinment..kekadang satu jam dah setel..:)
ReplyDeleteYeke aty? Alhamdulillah kalau cmtu. Yg 1st ni pun rasa mcm tak lama mana..:)
Deleteeh i pon sticker hijau tp i x pernah tny knp hijau....haha....so skrg baru i tahu hijau tu utk yg ada mslh ek? maybe sbb i ada cyst & fibroid kot....
ReplyDeleteHaha. Maybe la kot. Klo menses tak regular pn sticker ijau jugak my sis ckp. Sticker hijau kna ada supervision dr nurses time bersalin.
DeleteAlhamdulillah..sangat hepy untuk rezeki kali ni.
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segala urusan dan baby sentiasa sihat je..amin
Aminn..mudah2an.. :)
Deletecop2..kita sama2 sticker hijau :)
ReplyDeletethanks for the info..even ku tk pregnnt lagik..doa kan ku pregnnt cpt2 ye :)
ReplyDelete