Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 13, 2012

Final Decision

Hellow,

Lepas survey sana sini dan fikir masak-masak sampai hangit pasal electric breast pump, aku naikkan budget untuk beli benda ni. Kalau nak yang terbaik untuk anak kita, terpaksalah berkorban kan? My next choice bila hajat nak beli Tommee Tippee time expo tak kesampaian adalah Medela Swing. Hmm. Bagi aku still pricey tapi bila re-calculate balik duit savings lepas tolak sana sini, rasanya still mampu. Once in a lifetime kot. Boleh pakai untuk next baby pulak, insyaallah. Honestly, tak banyak pun online shop yang aku survey. Harga semua lebih kurang dan aku stick to my first choice nak beli breast pump ni dekat One Baby World (OBW). Ada jugak survey harga Medela Swing time expo hari tu, harga slight cheaper tapi extra stuff yang dapat tak banyak. Dekat OBW dapat banyak additional stuff yang aku akan beli jugak nanti. So why not beli satu dapat yang lain. Walaupun tak dapat bag Medela city style tu free tapi takpe lah, boleh beli bag lain.

Since last week lagi aku keluar masuk website OBW dan add to cart package Medela Swing tu, tapi tak checkout pun. Risau kalau aku buat pilihan yang salah. Finally pagi tadi baru lah aku checkout dan buat payment semua. Delivery charges free sebab beli barang above RM200. Selain breast pump package, aku beli botol Tommee Tippee twin set : 5 oz dan 9oz. Harga sama je masa expo kat KLCC tu. Ingat nak benda lain tapi budget bulan ni tak mengizinkan. Tunggu savings next month pulak. Botol TT 9 oz tu aku beli yang tinted punya colour biru. Aku rasa colour biru boleh pakai unisex tak semestinya baby boy je kan? Baby girl pun boleh ape.

Tommee Tippee - Closer To Nature 5oz PP & BPA FREE (Twin Pack)
5 oz feeding bottle


Tommee Tippee - Closer To Nature 9oz PP Tinted & BPA Free (Twin)
9 oz

Medela - Swing Breastpump **Back to Work Package**
My Choice of BP Package
Baru dapat tracking number from OBW, in 1 to 3 days sampailah barang tu ke pangkuan aku. Muahaha. Macam awal gila je kan beli benda-benda ni semua. Tengah ada rezeki lebih, why not spend dekat baby stuff kannnn. =D. Semua benda jadi atas kehendak Allah, kita sebagai hambaNya, cuma boleh berdoa, tawakkal dan redha dengan ketentuanNya. Insyaallah tak akan apa-apa. Maybe my sister jadi 1st person yang akan try breast pump tu. Nak tengok apa pendapat dan komen dari dia. Sama je macam breast pump Pureen yang dia pakai sekarang ke atau banyak beza? Hmm. Tunggu je lah. Kalau aku nak try sendiri pun tak boleh jugak baik bagi orang yang dah ada experience kan. First drop susu aku akan masuk dalam mulut baby aku dulu. Insyaallah. Niat aku yang penting. Semoga Allah akan permudahkan niat aku untuk fully breastfeed our junior. Amin.

Assalamualaikum.

6 comments:

  1. yeayyy alhamdulillah, Allah murahkn rezeki u & baby...nnti lps ur sis guna, buat review k...nk tahu gak comparison dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nana. :) Harap ini yang terbaik.. Ok nnt i akan buat review pas my sis guna k. :)

      Delete
  2. Walaupun org ckp awal, tp bila bli sikit2 xdelah rasa terbeban kan. I tgh survey ni and kena tgk bajet gaklah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..betol kan Hana. :) Rasa la kurang beban sikit bila dah beli sikit2. Survey jangan tak survey. :)

      Delete
  3. my sister pon baru2 ni beli set BP kat OBW..die kate lebih murah than mase kat Mid valley ritu..bukan murah ape..tapi sebab datang ngan package jadi mebih berbaloi ar..tak per..pelaburan jangka panjang..niat tuk baby insyaallah akan ade rezki nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu aty..rasa berbaloi sebab ada benda lain included skali compared kat expo MidV aritu..aminn..semoga rezeki baby akan lebih banyak..hihi.

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)