Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 09, 2012

Gadget Frenzy

Hellow friday!

Since baca post Ekin semalam pasal expo kat MVEC, terus rasa macam semangat nak ke sana during lunch dah terkubur. Cewah. Yes, agak kecewa sama perasaan macam Ekin jugak. Tujuan utama kesana pun sebab nak beli barang Tommee Tippee, sekali bila Ekin mention yang TT takde expo kali ni terus down. Down tak down, plan hari ni kena proceed jugak. Manatau ada booth lain yang jual barang TT ke kan? Nak sedapkan hati ni. Kalau takde jugak, memang kena beli breast pump brand lain. Redha. -____-"

Nak kasi hilang perasaan kecewa tu, terus teringat niat aku nak beli lappy baru bila dah dapat contract kerja baru ni. Just survey-survey harga je. Telan air liur je lah kot. Niat dulu nak save up some money dalam 4 bulan baru dapat beli sebijik lappy ni, tapi since dah pregnant ni, my focus nak beli lappy and segala gadget lain dah masuk dalam pending list.

Woww!


Double Woww!
Ni baru MacBook Air yang basic je, belum add on benda lain yang aku rasa kalau dah beli haruslah add on benda lain macam hardware : MacBook Air Super Drive (add RM249.00),  service and support : AppleCare Protection Plan (add RM799.00). Tambah dua benda tu je dah kena charge extra RM1048. Adoii memang haru la macam tu. Kalau nak survey harga MacBook Pro lagi la boleh buat aku makan megi dengan bubur kosong je kot. Sabar je lah tengok harga dia. Daripada beli menatang alah ni baik beli lappy biasa tapi dah complete dengan semua features. Tapi takde satisfaction la kot. Mengada-ngada, baik simpan duit beli breast pump Medela je kan. =D

Pasal digital camera yang aku nak last year tu pun sama je, maybe akan beli before deliver baby tapi same goes to MacBook juga la, nak kena save up some money dulu sebab sekarang aku dah start save up untuk our junior. Kalau nak mintak encek suami, baik mintak dia tukar kereta dulu. Lagi senang nak pergi kerja dan kalau ada rezeki pindah rumah lain pun tak akan jadi masalah sebab aku boleh bawak kereta tu. Digital camera still bawah 1k tapi takut nanti nak pakai lagi banyak duit untuk si kecil. =( Anyway, akan diusahakan untuk dapatkan camera ni.


Purplee i likeeee.
Talking about usaha untuk dapatkan this gadget, tiba-tiba rasa nak start pakai credit card. Mana lagi banyak ; pro atau con? Hmm.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)