Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 28, 2012

My Ex-EDD

Hellow,

Minggu ni nampak gayanya memang minggu yang sangat membosankan. Sebab apa pun tak pasti. Mungkin sebab terbawa-bawa emosi yang tak menentu. Semalam ada luncheon dekat Levaine, belakang office nun. Terpaksa berjalan sikit sebab fikir makanan. Order creamy mushroom chicken soup, seafood aglio olio dan freash watermelon juice. Soup dia sangat-sangatlah pekat! Err, memang tak habis. Menu yang lain boleh tahan jugak lah.

Semalam bila tengok date, baru teringat. If dulu aku tak miscarriage, mungkin aku tengah menyesuaikan diri dengan parenting skills aku. Maybe sekarang tengah bangun menyusukan anak aku. Semalam adalah tarikh EDD aku. Tak apalah, bukan rezeki aku kan. Aku sangat bersyukur dengan rezeki yang kali ni. Semoga anak yang aku tak dapat kandungkan sampai dia lahir ke dunia ni akan tunggu aku di alam sana nanti. Insyaallah. :)

Masih terngiang-ngiang lagu nyayian Opick : Tiada duka yang abadi didunia. Part yang paling best time dia nyanyi "Namun ku percaya hati meyakini...semua akan indah pada akhirnya" Memang indah, walaupun aku diduga dengan dugaan yang sangat berat buat aku sebelum ni, Alhamdulillah ada hikmah disebalik semua dugaan. Allah Maha Adil. Lagu ni first time dengar tahun lepas lepas beberapa hari aku keluar dari hospital. Encik suami yang memahami yang bagi aku dengar lagu ni. Masa mula-mula dengar memang menitik air mata, in fact sampai sekarang pun kalau dengar lagu ni aku akan jadi sangat sedih tapi in the same time bersemangat untuk go on dengan hidup aku. :)

Semoga si dia akan menunggu di pintu syurga, insyaallah.


Google


6 comments:

  1. Ada hikmah di sebalik yang terjadi...
    Yang penting sekarang kene jaga diri baik2 tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Hana..Insyaallah akan jaga diri sebaik mungkin kali ni. :)

      Delete
  2. samer ar..kalau tak gugur aritu..baby saye dah masuk 7-8 bulan dah sekarang..:) tak per lah..tak de rezki..sekarang Allah gantikan ngan yang lebih baik insyaallah..:)

    ReplyDelete
  3. takpe dear...Allah maha mengasihani kn? dia tarik yg tu, dia bagi yg lain pulak :) take care tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nana :) Allah tau apa yang terbaik buat kita. :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)