Back in the office lepas MC for two days. Betul-betul perlukan rehat lepas weekend busy dengan classes. Hmm. Few things kena re-consider balik pasal study. Banyak benda nak kena fikir pros and cons. Biasanya kalau aku dah set something dekat kepala otak ni, yang cons je nampak melebih-lebih kan. Sempat jugak WhatsApp dengan classmate masa sekolah dulu pasal apa yang tengah bermain-main dalam kepala otak aku ni. Well, kata dia sometimes ada benda yang kita kena sacrifice untuk family. Memang aku setuju 101%. Anyway lepas chit chat dengan dia, rasa macam beban masalah ni berkurang sikit. Alhamdulillah. Taknak mintak pendapat dia lebih-lebih kang aku ni menambahkan masalah orang lain pulak.
Isnin tu aku texted my supervisor awal-awal pagi, tapi dia reply pun dah pukul 11. Busy sebab dia tengah outstation. Sorry boss. Lepas tu sibuk melayan si kecil RD yang ditinggalkan dekat rumah khas untuk aku babysit hari tu. Aku kan mak sedara yang penyayang. Nasib baik Lil RD tak banyak songeh dan buat hal. Kerja dia dari pagi minum susu dan tengok tv je. Nak bukak baby tv, tapi dah tak subscribe so suruh dia layankan je Astro Ceria. Boleh lah dia gelak-gelak dan lonjak-lonjakkan kaki dia masa tengok tv. Tidur pulak sekejap je, dalam sejam lepas tu dah bangun sambung tengok tv. Nasib baik tak mintak dukung sangat. Boleh la aku berehat.
![]() |
| Si comel masam kesayangan auntie :) |
Time nak scan tu, sebenarnya aku berdebar-debar jugak. Harapkan anak aku takde lah macam-macam hal dalam tu. Hehe. Elok je doc letak scan tu kat perut, doc cakap "Eh dia bergerak". Aku tengok takde la nampak pun. Dalam hati dok pujuk la anak aku gerak-gerak ke isap jari ke kasi aku dan encek suami tengok. Doc pusing-pusing sikit, tengok heartbeat, bagi dengar heartbeat dan dah start nampak baby dok gerak-gerak. Lama sikit baby start kicking plak, bahagianya bila tengok macam tu. Doc cakap " Eh menendang-nendang pulak dia. Dah start rasa?" Aku jawab sambil senyum, " Belum lagi." Lama jugak doc gelek-gelek menatang tu, lepas tu tanya pasal detail scan etc dan keluar. Total lost kat clinic semalam : RM65 untuk scan+CD+ubat. Balik tu sibuk la aku belek-belek gambar scan dan CD sebab tak sanar sangat nak tengok video si kecik tu dekat office.
Pagi tadi tengok CD tu. Starting je dah nampak si kecik menendang-nendang. Ya Allah, indah sungguh anugerah ciptaanMu ini. Semoga kau terus melindungi dia dan panjangkan umurnya. Amin.
Sampai sekarang masih tersenyum-senyum bila teringat video tadi. Semoga dipermudahkan segalanya.
Nota Kaki buat seorang sahabat, Ummi kepada Iman :
- Kepada sahabatku yang bakal menjadi ummi tak lama lagi, tabahkan hatimu dengan dugaan yang mendatang. Semoga Allah permudahkan segala urusan hidupmu dan keluarga mu. Semoga kamu akan gembira dengan kelahiran cahaya mata yang pertama. Terima kasih kerana tak putus-putus memberi kata semangat dan nasihat dan berkongsi cerita dengan aku dari kandungan pertama sehingga kandungan ini. Terima kasih atas segala doa-doa kamu. Semoga Allah dapat membalas segalanya. -



rse terharu kn bila tgk baby gerak2 dlm perut? :')
ReplyDeletennti kalau dh rasa dia kick, perut akan rasa geli2 tau...hihi
Sangat terharuuu..:'D kalau dah rasa kick mesti lagi terharu kan? Rasa geli-geli eh? Hihi..tak sabarnya. :)
DeleteScan 4D ke? Seriously sgt murah dgn gmbr, cd and ubat. I ambik gambar aje dh rm85 plus cd total was rm145. Btw, apa nama klinik kat Equine tu? nanti g rumah MIL bolehlah g klinik tu.
ReplyDeleteEh bukan 4D Hana..2D je. 4D kalau tak silap less than RM100 je kot. Tapi kalau 3D+4D dalam rm150 camtu kalau tak silap. Klinik Jameaton kat Equine tu. Seberang jalan dengan KFC and Petronas. Kalau nak 4D kena appoinment dulu and dia buat every Sunday je tau.
Deletewahh...thats the great moment ever kan.. i wish i can feel the same :) amin
ReplyDeleteInsyaallah soon Farah. :)
Delete^______________^
ReplyDeletedoa tak akan pernah putus untuk sahabat..
berkongsi-kongsi pengalaman dn ilmu yang ada adalah satu kemestian dalam hidup.
InsyaAllah..selamat semuanya.
Tq :)
Delete