Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 24, 2012

Review : Medela Purelan 100 Nipple Cream

Hellow,

Kalau ada yang masih ingat, masa aku dalam 1st trimester aku dah ada masalah dekat nipple aku. Macam biasa kalau tengah pregnant ni, blame it to hormone kan. Nipple atau kawasan areola aku jadi sangat sensitif dan kering. Area tu jadi sangat-sangat gatal sampai aku garu dah macam beruk dah kot. Habis luka aku garu dan bila dah luka mulalah start pedih dan sakit bila pakai bra. Orang kata masa nak masuk 2nd trimester akan okay, tapi untuk situasi aku memang tak okay-okay sampai lah last week.

google
Masa first check up dekat KK, doc ada bagi aqueous cream untuk sapu dekat situ. Aku pun apply lah cream tu everyday dengan harapan akan baik. Memang tak baik sampai lah awal bulan hari tu my sis tanya if aku still apply cream tu ke tak. Dia suggest aku buang je cream tu dalam bin sebab memang tak akan elok kalau aku pakai 5 tong pun. Ada doc bagitau dia yang pakai aqueous cream akan bagi kulit kita makin bertambah kering instead of moisturized kan. Function cream tu untuk melembabkan kulit, so sekarang bagitau aku kenapa boleh jadi macam tu? Cream tu dah kena mutation kah? Lepas tu memang dah tak pakai dah, tapi aku sapu minyak mariam yang aku beli dari kawan aku. So far okaylah, tapi still tak baik-baik.

ohshawl.blogspot.com
 Last week masa pergi IKEA, aku singgah dekat Anakku,The Curve. Dekat situ aku beli nipple cream Medela Purelan 100. Satu tube kecik RM29. Harga standard tu semua tempat. Ingat nak beli yang besar punya RM49, tapi encek suami kata try kecik dulu. Hajat beli tu sebab memang dah ada dalam checklist untuk BF purpose. Mana tau masa BF kang nipple crack etc, pakai je yang tu. Masa balik, mandi aku saja try pakai sebab time tu area tu tengah kering, luka dan gatal. Pakai 3 kali untuk 3 hari je (nak jimat sebab mahal). Alhamdulillah sekejap je dah okay. Luka pun dah baik, dah tak gatal macam dulu dan paling obvious areola aku dah tak kering. Memang tebaik!

medela.com
 Sudah semestinya lepas ni aku akan beli lagi untuk tube besar. Pakai pun tak banyak sangat. Apply sikit je sebab ingredient memang 100%  pure lanolin, no additives atau preservatives, dan paling best tak payah nak cuci kalau nak BF anak nanti. 100% safe untuk BF. Walaupun harga agak mahal untuk tube 7g, tapi memang berbaloi. Patutlah recommended by everyone.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. memang sangat2 berkesan purelan cream ni.. tp mahal skit la..beli online aritu dpt RM26.10 = 7g..tp sangat berbaloi sebab berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..betul tu..eh ada yg jual 26.10? Kat mana ? Murah jugak tu...usually tgk RM29.90 je..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)