Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 22, 2012

Breastfeeding Accessories

Hellow,

Sekarang tengah berconflict dalam diri ni sama ada nak beli atau tidak barang-barang yang aku tetiba rasa macam nak beli. Tak tau lah sama ada accessories ni satu keperluan atau kehendak aku je.


Citystyle Bag
 1. Medela Citystyle Bag - includes of trendy bag(1), medela cooler kit(1), medela storage bottle(4), cooling element. Trendy bag tu sebab nak simpan breastpump etc untuk dibawa ke office nanti. Storage bottle pulak memang ada cadang nak beli tapi cooler bag dah ada. Rasa macam terlebih plak cooler bag. Agak-agak berbaloi ke kalau nak beli Citystyle ni? Harga paling murah dapat RM199.

Softfit Breastshield
 2. Medela Softfit Breast Shield - ada massaging effect untuk gantikan personalfit yang dah memang sedia ada dekat breastpump yang aku beli. Tak pasti sama ada benda ni perlu atau tidak. Try personalfit dulu kot then bila rasa tak sedap, boleh proceed beli softfit. Any idea?

Milk Collection Shell
 3. Medela Milk Collection Shell - Okey benda ni memang kena beli since ada akak satu office yang baru habis maternity leaves suggestkan aku pakai sebab aku dah beli Medela Swing. Elok pakai freestyle sebab double pumping kan, tapi sebab dah beli yang single pumping haruslah pakai milk collection shell dekat breast lagi satu sementara tengah pump satu lagi. Usually susu akan leaking dan aku pernah nampak susu my sis leaking kalau tengah menyusukan anak dia atau tengah pump sebelah breast. Masalah sekarang nak beli one piece je ke atau one pair? One pair lagi jimat tapi cukup kot one piece je?
Storage bottle
 4. Medela storage bottle - Aku rasa macam tak perlu beli sebab storage bottles aku dah ada lebih kurang 26 biji plus 10 pcs zip lock bag. Tapi tetiba rasa nak tambah koleksi storage bottle sebab rasa semangat gila nak buat stock susu untuk si kecik nanti plus senang nak attach kat breastpump terus. Harga paling murah dapat RM62 untuk 3 botol. Kalau nak beli yang ni rasanya baik beli medela citystyle sebab dah include sekali.

Agak-agaknya ada tak sesiapa yang nak bagi khidmat nasihat mana yang patut beli dan mana yang tak patut? Hehe. Nak tanya orang pun tak tau nak tanya siapa kan.

Assalamualaikum.

18 comments:

  1. Pada pendapat kina rasanya milk collection tu yg patut beli..beg tu bleh ganti dgn beg lain, ade jugak cooler bag yg muat letak breastpump..mcm softfit tu kina setuju dgn miza lepas guna baru beli, kot2 yg personal dah ok..(skg pun gatal rasa nak guna breastpump)haha..medela storage bottle mahal, baik beli BB je sbb BB pun sesuai pump terus..BB pun comel je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kina, BB storage bottle tu memang miza nak rembat next expo..menyesal tak beli expo lepas..hehehe..miza rasa nak beli bag tu lebih kepada kehendak miza je..bukan tak boleh pakai bag lain kan? Tapi mengada2 je..tapi fikir nak sekali kan BP dengan cooler bag kalau nak g keje senang atau time nk pergi pump susu kat pantry.

      Delete
  2. hana pun tak survey lg pasal breastpump ni tau... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana..miza ni terlebih semangat tau..hehehe..tu yg dah beli siap2..

      Delete
  3. hye..i pun beli medella collection shell tu mase expo kt midvalley ari tu. tapi die jual in pair dalam box. xde yg one piece punye. kalau xsilap hrga die dalam rm50++..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, i ada tanya masa kat expo hari tu..tapi time tu SA kat sana kat pakai tu utk org yg flat nipple..i rasa memang tak salah dengar dia cakap mcm tu..So i hold tak beli dulu. Lepas tu consult dengan Aja frm Breastpumpshop dia explain everything. Aja jual one piece RM30 kalau one pair RM58 kot. Lebih kurang harga expo kot?

      Delete
    2. ouh..i rase yang u tanya tu yang the other one kot yg utk flat nipple sbb i ade tny utk yg tu jugak mse tu.sbb box tu die letak sbelah2.kt expo ari tu ade discount 10% mase i beli

      Delete
    3. Yeke..SA tu mcm malas je nak layan i..i pn malas nak tanya lebih..hehehe

      Delete
  4. Assalammualaikum.. ni pengomen tegar dah sampai.hihihi..ko punya madela swing x include bag ke? tp..citystyle ko tu ok jugak.cun! kalau aku,lebih selesa pikul bag kat belakang badan.macam bag sekolah.nanti macam mana kalau nak kiri kanan lengan bawak bag.susah la rasanya..tp,pakej yg d sediakan mmg best :)

    tak dapat nak bg komen byk2.sebab aku x guna madela.ake pengguna tegar Ameda.hehehe..storage botol kalau nak tambah,ok jugak.tapi,aku nak start guna plastik la.nak jimat ruang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku beli package yg tak sekali dengan bag citystyle tu sebab masa aku beli BP nak dapatkan dengan free gift yg lain..dia bagi cooler bag. Citystyle tu memang ada style tp betul cakapp ko nak kena carry banyak plak dengan handbag sume..kena fikir2 balik. Plastik memang jimat ruang kan? Aku tetiba survey deep fridge baru2 ni..semangat nak simpan susu banyak2..

      Delete
  5. i bought Medela Citystyle tuh. huhu. rsnya lebih kpd kehendak tp nanti i azamkan nak guna tuk carry breastpump & storage susu, senang sikit 1 beg jer. hehehe.. Since Citystyle dah include storage bottles, i beli storage bottle Bumble Bee jer murah sikit & mmg boleh fit ngan Medela gak insyaAllah. Bumble Bee storage bottle kalau kat baby expo boleh dapat RM22 for 10bottles. ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..i pun rasa kehendak i je nak bag tu..tapi in the same time fikir nak sekali kan je breastpump n susu..mcm u jugak. BB memang dalam perancangan nak beli since i terlepas nak beli BB masa expo baru-baru ni. Kena tggu next expo mesti nak beli sbb murah compared to Autumz n Jingle Jungle. :) Thanks for sharing. :D

      Delete
  6. ok city style tu mmg kehendak kita bersama...ahaha...i still pikir2 lagi ni nak beli city style yg rm200 atau autumz rm150+ yang include.tapi city style memang stylee... *pitam*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ternyata itu memang kehendak kan? Sangat stylee sesuai dengan namanya..hrga pun ada style jugak..

      Delete
  7. Hana pun tgh survey gak. Xtau nak bli yg mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana pun sama eh? Hehe..nanti dah beli sila up entry satu okeh.. :)

      Delete
  8. Hi miza.
    Excitedkan nak beli barang baby :)
    Skrg adah pon tengah survey utk list of feeding baby.
    Kat mana miza jupe medela citystyle bag harga rm199 tu ? Bleh share x :) thanks ye miza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adah, miza blom bli lagi. Tengah berkira2 nak beli ke tak. :)

      Btw bag tu miza tgk dekat sini : http://www.happybaby.com.my/catalog/product_info.php?cPath=122_56&products_id=495
      :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)