Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 02, 2012

Random : Baking + Raya Mode

Hellow,

Siapa rasanya yang tiap-tiap hari tak ada kerja dekat office bukak google and google recipe and makanan all the time? Aku selalu buat macam tu kalau tengah tak busy. Makruh eh tengok makanan sedap-sedap bulan puasa ni? Hehe. Aku perasan start aku kerja ni memang kalau time bulan puasa memang la asyik rasa nak memasak je, tapi sudahnya bila sampai rumah terlentang macam dugong kelaparan. Haha. Resepi yang dah print tah ke mana, mood nak memasak tah kemana. Semenjak dua menjak ni terasa pulak nak makan marble bread pudding. Lepas tu google la resepi, dah jumpa pulak resepi tersangkut dekat benda lain macam cream puff, red velvet and carrot cake. Terus rasa macam terliur. Awal ramadhan hari tu aku ada buat pudding jagung yang super simple dan sedap, buat half ingredient je tapi tak habis sampai sekarang. Aku je yang makan kot, encek suami tak gemar  sangat pudding ke jelly bagai. Sadis je kan?
Puding Roti Marble. Sumber : Google
Cream Puff. Sumber : Google

Red Velvet Cuppies. Sumber : Google
Carrot Cake. Sumber : Google

Lepas tu tiba-tiba semangat nak buat cookies untuk raya. Masalahnya tahun lepas aku buat pun tak habis, tahun ni ada hati nak buat lagi. Orang kat rumah ni memang jenis tak makan kuih raya termasuklah aku. Aku suka makan kerepek je kot. Macam mana pun list cookies yang nak buat dah ada ; Almond London, Choc Chip Almond Cookies dengan Biskut Cornflakes all time favourite. :D Last week ada order Choco Meltz Cookies sebalang, tapi dah tinggal separuh sebab hari-hari aku dan encek suami asyik makan. Sedap kot. Ada melt chocolate kat tengah-tengah tu. Semalam pulak dapat biskut sarang semut yang aku order dekat office mate. Tak termakan lagi sebab memang aku beli nak makan masa bulan puasa ni je. Raya nanti belum tentu lagi dapat makan kalau si kecik ni nak keluar.
Google
Google
Google
Choco Meltz!!
Sarang Semut

Baju raya pulak? Tak terbeli. Nak beli jubah ke abaya kemacam tak berkenan je dengan design yang aku jumpa setakat ni. Selalu browse internet dekat online shopping je. Bila masa la nak berjalan-jalan cari baju tengah bulan puasa ni. Ada semangat pun time lepas berbuka, tapi time tu kedai pun dah dekat nak tutup. Kalau beli baju kurung biasa nak kena beli yang size M pulak, tapi lepas bersalin siapa nak pakai? Bajet aku ni lepas bersalin kurus balik la kan? Haha. Tengok lah macam mana nanti. Cuti raya tak mintak kot sebab pagi raya first dah nak balik KL dah sebab encek suami kena bekerja. Terbaik. Insyaallah raya kali ni akan beraya di Melaka sekali lagi. -_______-". So akan aku tapau segala rendang dan ketupat bawak balik ke rumah. Haha.
Abaya
Abaya
Abaya

Abaya memang semua colour hitam ke ape? Almaklumlah aku ni mana pernah beli abaya ni. Hehe. Jubah dulu aku ingat ada colour hitam je tapi sekarang ni dah macam-macam colour dah. Tapi kalau nak nampak slim effect haruslah aku pilih colour gelap. Haha.

Okeylah. Cukup lah entry yang bergambar penuh makanan ni. Lapar pulak.

Assalamualaikum.

12 comments:

  1. ko kalau nak soping Abaya kat mydin subang ada port baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekeee..lawa2 tak..nanti aku dah ada kete jom teman..:D

      Delete
  2. i kan mcm xde luck je bila bab baking2 ni. bila bab masak lauk mcm ada luck plak haha tak tau knp mcm xjd je baking huwaa sadis

    lawala abaya tu. i pun tak shopping lg. sebab hati mcm lebih pd nak sofa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kena try banyak kali kot..i pun kalau bake cake je mesti la nak merekah kat tengah2..klo cupcakes ngan muffin okey je.

      Cha u lagi best sbb hati ke sofa..sofa raya eh? Yang u ada wat entry aritu kan? Ikea punya nice jugak ape...dapat sofa yang empuk memang sedap la tido..

      Delete
  3. sedap gile tgk cream puff tu.. terliur la plakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa..tau xpe..time puasa ni sume sdap nampak kan? Hehehe.

      Delete
  4. klu mia lak...selalu google nk msk ble blk rumah family..tp klu dok alone rmh sewa ni..jgn hrp la..bazar la jwbnya.mia lbh minat msk lauk pauk berbanding adik yg suke bab biskut, kuih....tp time pose dh 9 bulan ni..x larat sgt nk wat pe2x...kena jg diri kan miza....

    raya?mmg mia dlm pantang aa...nk make up bagai, xde la sgt....baju krg pn x muat lg ms tu....apatah lg nk jamah mcm2x hidangan..pantang la namanya..hehe.

    tp bgs juga utk slim kan bdn..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kalau tengah beraya tu dalam pantang memng tak dapat nak buat ape la Mia kan? Takpe..ingat nak slim down balik je..:)

      Delete
  5. wahh...i bace entry u at 8.25am..terus buat i kecur.i pun ada order kuih tat nenas.budget mmg nk mamam time bulan puasa pun.raya nnt takut takleh mamam laks.kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..i tengok balik pn jadi lapar. Adoi la..Tu lah sekarang ni beli kuih raya buat mkn time bulan puasa je la..:P

      Delete
  6. aty ni gigih carik baju tuk sesuai susukan anak sekali...maternity baju kurung yang ade..tak cantik ar..huhu..tah nak pakai ape ar raye nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tengok banyak lagi baju kurung nursing..yg pakai kain english cotton tu kan? Banyak gak yang cantik2..Maternity kurung ada tapi tak lawaaa.. :(

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)