Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, September 03, 2012

Random : My Version of Carrot Cake

Hellow,

Mood membaking datang lagi tetengah malam ahad yang indah. Tak sedar kot esok nak bangun awal pergi kerja. Tiba-tiba rasa macam nak jugak try buat carrot cake dengan cream cheese topping malam tu jugak. Haishh..layankan aje. Merajuk dengan si anak kecil yang tak mau keluar-keluar lagi. Haha. Over plak mama dari anaknye. :D 

Okeylah, resepi asalnya nak buat steam carrot cake yang diambil dari mana tah. Tau-tau je aku dah salin dalam buku resepi. Lepas dah parut carrot bagai, baru lah terhegeh-hegeh nak check bape biji telur dalam bekas telur. Memang tak cukup lah kan. Terus lah online dan google resepi-resepi yang nampak sedap dan lazat. Bukak blog cik dentist kita, IntanBerlian nampak resepi carrot cake dia pernah buat. Terus ambil measuring cup dan buat sambil ulang alik tengok lappy. Macam biasa lah kalau aku ni buat 1/2 ingredient je sebab tak ada orang kat umah ni yang gemar makan manis-manis sangat. Termasuklah aku yang membuat nya. Semua benda yang aku buat memang aku tak rasa sangat dan beriya makan. Rasa puas ati bila tengok orang lain makan dengan banyaknya. Itu dah cukup.Resepi ni aku ada alter sikit sebab aku tambah prune dan kismis. Walnut aku tukau jadi almond nibs.

Resepi Carrot Cake + Cream Cheese Topping

Ingredients :
1 cup cake flour/superfine flour*
1/2 tsp baking soda*
3/4 tsp baking powder*
1/2 tsp cinnamon powder*
2 eggs
1/2 cup castor sugar
3/4 cup corn oil/vege oil
1 tsp Vanilla essence
3/4 grated carrot
25g raisins
50g chopped prune
25g Almond nibs

Method :
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mixing bowl dan kacau bahan kering sehingga sebati guna whisk. Letak tepi.
2. Masukkan telur dalam mixer dan pukul sehingga kembang (sampai telur jadi warna kuning pucat/putih). *My case telur kembang tak jadi pun warna putih tapi kuning pucat*.
3. Masukkan gula sambil putar. Bila dah sebati dengan telur, masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam mixer sambil putar adunan. Kemudian masukkan vanilla esen. Kacau hingga sebati.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Bila dah sebati, masukkan carrot yang dah diparut dengan prune, kismis dan almond nibs. Kacau sebati. Masukkan dalam loyang.
5. Bakar dalam pre-heated oven pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit. (Masa membakar asal 40-60minit tapi sebab aku buat 1/2 ingredients, so agak-agak dah masak aku tutup oven)
6. Sejukkan atas jaringan. Make sure betul-betul sejuk baru sapu cream cheese topping.

Cream Cheese topping :

Ingredients :
250g Cream Cheese
1/2 cup icing sugar
1/2 tsp vanilla essence
100ml whipping cream

Method :
1. Beat cream cheese sampai lembut.
2. Masukkan icing sugar dan esen vanilla.
3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sampai dapat desired topping mixture. * Usually tak habis pakai whipping cream sebab kalau letak terlebih topping jadi cair dan tak melekat kat cake.

Proses yang terlibat :

Telur yang tengah dikembangkan. :P

Telur yang dah kembang

Eggs+Sugar+Oil+Vanilla+Flour mixture


Cake Batter + Grated Carrot+Prune+Raisins+Almond


Cream Cheese topping


Baked Carrot Cake
End Product
 Walaupun end product agak selekeh sebab kekurangan decorating tools, tapi tastewise sangat sedap. Bukan sedap sangat tapi sedap la jugak. Kalau moist lagi mesti lagi laa sedap. Petang tu ada jugak try buat mee bandung muar, yang aku pernah beli perencah dekat my friend. Sedap gilerrr sampai encek suami bertambah-tambah. Walaupun pakai perencah ready made, tapi nak buat pun kena ada skills sebab tak ada tulis berapa banyak air nak pakai, berapa banyak telur nak kena masuk etc. Pandai-pandai sendiri je. Nasib baik jadi. Haha. Tenkiu perencah mee bandung Mak Pon.


Tu diaaa..

Tak silap hari sabtu lepas sorang blogger mom to be, Gadis dah selamat bersalin. Walaupun Gadis due lambat sehari dari aku tapi dia dah selamat dulu. Alhamdulillah. Bila pulak my turn ni? Semalam dah rendam akar fatimah lagi sekali dan dah start minum air tu. Hari ni pun siap bawak satu botol pergi office buat minum. Rasa dia macam air masak je sebab tak rendam berhari-hari pun. Orang kata rendam berhari-hari nanti jadi busuk and berlendir. Erkk..Harap-harap tak lama lagi lah turn aku. Penantian ini satu seksaaaa..

Assalamualaikum.

p/s : penat nak jawab bila orang tanya dekat aku bila nak bersalin. -_-"

14 comments:

  1. rajinnya buat kek..sy ni nak masak pun malas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kek je jadi fav sy. Hehehe. Nak masak mmg agak malas melainkan yg simple2.. :)

      Delete
  2. wah pandai baking. i bab baking i surrender huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. I baking je yg expert sikit. Yang bab buat lauk2 biasa i kureng..hehehe.tp u pandai kan buat bab lauk2 harian. Sedap2 je nampak. :)

      Delete
  3. sempat lagi buat kek ek....ain nk buat ape pun xde mood dah ......mnugu baby yg xnk kua2 lagi nie....haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Dah tggu baby xmau keluar..isi masa la dengan buat cake. Sementara tengah rajin. Layankan jeee.. :D

      Delete
  4. omg sedapnya nampak kek tu! pssst i copy resepi k...nk try buat...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sila la try..:) U buat mst lagi sedap n cantik. :D

      Delete
  5. nanti2 pas pntang bru nk try buat carrot cake...sgt suke...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..i ni buat sebab taknak masa pantang teringat2..hahaha.

      Delete
    2. ari tu da beli kt secret recipe...boleh la ilgkn teringinnye...hehehe

      Delete
    3. Haa..at least dah makan tu ilanglah teringin nnt. :)

      Delete
  6. i kenal intanberlian tu.kwn my niece :) dear, pas abes pantang pe kata u buat open house.u masak sedap2,wat kek seda2 n u invite la i n other bloggers.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear..by the time i abes pantang dah habis raya daaa..hehehe..insyaallah kalau i pindah rumah baru mst ajak u n lain2. Bole la kita kenal2. :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)