Hi,
Tak tau nak belog pasal apa. Ada dua entry dalam draft aku biarkan aje. Belum masa nak publish kot. Malas. Ada few things yang aku nak merepek hari ni.
Firstly pasal my pumping schedule. Aku dah semakin rajin. Dulu aku ngepam sekali dua sehari dan weekend aku tak pump sebab direct feeding je. Lani sehari aku pam dua tiga kali dah. Haha. Lebih satu sesi je dan weekend aku ada pam sekali dua. Janji ada kemajuan dalam sesi mengepam kan? Kalau mengepam 3x sehari dapat la aku collect 18-20oz. Kadang-kadang 15oz je. Tengok la kalau susu segan nak keluar sikit la. Haha.
Second, pasal stok EBM aku. Aku dah tak tau macam mana nak manage dan susun bagi ikut prinsip first in first out. Sekarang ni stok berterabur dalam freezer. Masalah aku sebab stok frozen EBM aku tak pakai dari bulan 11 punya. Lagi satu menyesal sebab beli deep freezer jenis upright. Mak aku la ni pengaruh aku beli cenggitu. Haha. Aku rasa kalau jenis chest freezer lagi banyak aku boleh simpan. Ye tak? Sekarang ni aku bekalkan Ammar kat BS stok chilled EBM yang aku expressed tak lebih dari 5 hari. Lebih 5 hari aku sumbat dalam deep freezer ke freezer mak aku. Haruslah semua jenis freezer dah penuh. Sekarang ni aku thaw sepeket-sepeket stok ebm, da dua peket bila aku thaw dan panaskan, susu tu jadi dua lapisan : satu lapisan minyak, satu lapisan susu. Makanya aku tak sure elok ke tak lantas ku buang. Bukan nak membazir tapi sedangkan aku tengok dan bau pun tak lalu apa tah lagi nak bagi Ammar minum.
Third, pasal preparation untuk solid food Ammar. Cewah kemain lagi nak prepare kan. Next week Ammar da 5 bulan. Ada lagi sebulan sebelum intro Ammar dengan solid food. Jadi aku dah beli blender and steamer, frozen milk/food tray yang jenis silicone dan buku nutritionist cookbook yang aku pinjam kat akak aku. Semangat gila mama ko Ammar. Tengah sale makanya aku beli dulu. Dah tak sale nanti aku menyesal kena bayar lebih. :D
Anyway, Ammar dah tunjuk kemajuan mengangkat-angkat badan untuk melantingkan ke tepi tapi tak pernah pun sampai mengiring ape tah lagi meniarap. Salah satu step nak meniarap. Dah dekat 3 minggu jugak la dia dok exercise cenggitu. Aku pun biarkan je la dia ambil masa dia. Dia marah kalau aku buat tummy time. Tapi aku buat seminit dua pastu aku terbalikkan balik. Fine. Semalam aku buat pastu nak bagi lama sikit, aku nyanyi tepuk-tepuk bagi dia leka. Berjaya la kejap lepas tu dia mengamuk nangis. -_-"
Assalamualaikum.


hehe.. sama cam Hana x suka tummy time. laa ni Hana sndri akan pusing trlentang sndri. klu xdpt, nanges. huhu.. lgkap dah preparation solid food for Ammar. cpt je kan, nanti da 6bln. yeay! ;)
ReplyDeleteLagi sebulan, anak dia rileks je mama dia yg tak sabar. hihihi..kejap je kan.
DeleteKejap je Ammar dah 5bulan. pasni makan solid food, makin bam2 lah :)
ReplyDeleteTu lah..kejap je kan..da makan tak bam2 kot..skang pn dia tak bam2..hihihi
Deleterissa pun sekarang tak suka meniarap dah.nanti update 1st solid food tau..
ReplyDeletejanji dia da meniarap kan..hihi..ok nnt kita sama2 update pasal solid food. :D
DeleteGo go chaiyok...:-) besh bnyk stock susu kn..:-)
ReplyDeletestok je banyak..tp ammar xmo sangat mnum yg frozen ebm..:(
Deletewahhh ni mesti byk ni stock ebm...hihi
ReplyDeletetak lama lagi laju la tu ammar merangkak :)
nana, dia meniarap pn tak pandai lagi..merangkak lambat lagi la kot..hihihi
Deleteheee...mu'az nk blaja pusing 360degree...gudluck ammar...
ReplyDeletehehehe..muaz semangatt..ammar bole la pusing2 tapi masa terlentang je..
Deleteish..5bulan dah? sila bersiap sedia ok. aku rs,ammar sama je mcm iman. time2 5bulan dulu..dok exercise angkat montot. skrg..aku nak pitam kejar dia sana sini. x larat oiii
ReplyDeletedia angkat montot masa terbaring je..nak usaha nak meniarap..tapi xmeniarap lagi..
Deletekita punye chest freezer... tp dlm tu tunggang langgang.
ReplyDeletemmg tak tahu nak susun cmner...
dah nak makan anak2 kita ni kan..
kita pun tgh prepare2..
tggu duit nak beli mcm2 utk die..
yeke..sama la kita tunggang langgang jugak kan...
Deletehehehe..tu la dah nak makan da..semoga kita dapat sediakan yg terbaik utk anak2 kita. :)
kejap je dah 5 bulan..
ReplyDeletesoon dah leh introduce solid food.
mesti ammar bertambah bambam kan =)
tak sabar nk intro solid food okeh//hahah..
Deleteammar tu menten je badan cenggitu..hihihi..xde bam2 nye..