Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, February 02, 2013

Review : Tropika Baby Hair & Body Oil

Hellow,

Actually dah lama beli set tropika ni, jarang pakai sebab time tu kulit Ammar tengah under treatment dengan ubat dari doc so malas nak campur-campur. Kang tak tau mana satu yang berkesan kat kulit Ammar. Sebabkan Ammar ni budak eczema, haha jadi mama dia kerja everyday dok survey produk yang sesuai dengan baby yang ada eczema. Kisah nya bila Ammar ni selalu sangatlah kena gigit nyamuk, so lepas kena gigit haruslah berbintat merah dan next jadi parut hitam. Tak handsome la kalau penuh parut gigitan nyamuks ni kan. So aku pun da beli tropika oil ni saja la sapu sikit kat tempat kena gigit nyamuk tu. Lepas sejam bintat hilang dan seterusnya merah makin lama makin kecik dan ilang. Mama dia pun sukaa la kan. Takde la parut itam lagi. Settle bab kalau kena gigit nyamuk.

Awal tahun aritu, Ammar dibotakkan kepalanya sekali lagi. Jadinya lepas tu naik rashes bagai sebab doc kata kulit sensitip bila kena blade shaver memang akan jadi camtu. Bila rambut dah tumbuh, datang pulak cradle cap nye balik. Aduhh, ingatkan dah gone forever cradle cap tu, rupanya naik balik. Jadinya aku pun sapu minyak tropika. Kata untuk hair and body kan, harus tepek kat kepala sekali. Alhamdulillah la, makin kurang. Cuma rajin tak rajin je aku nak sapu. Kalau rajin cepat je kot ilang, tapi aku ni pemalas jadinya sampai sekarang ada sikit lagi. Haha. Ampunnn anakku. Kalau dia pandai dah dia buat sendiri dari nak tunggu mama dia ni.

Lepas tu tak cukup ngan kepala, kat muka pun aku nak sapu. Yang mana merah naik bila Ammar garu tu aku sapu sikit, ilang la merah tu nanti. Mana kulit dia yang kering aku sapu jadi okey. Kat pelipat lengan dia selalu sangat merah, bila sapu kejap je da kurang merah dia.  Takde la Ammar dok tenyeh muka sangat.

Kesimpulannya nak kata 100% berkesan tak jugak sebab Ammar kerap jadi eczema dia, so memang akan harapkan ubat doctor jugak la. Aku belum try lagi sabun tropika ni sebab tah kenapa tak tau. Rasanya kalau pakai ngan sabun berkesan kot? Yang penting tropika ni steroid free, ingredient dia 100% vco siap ada bau lavender best lagi macam aromaterapi. Aku beli trial set ni dalam rm40 camtu kot tak ingat da. Ada 30ml baby hair&body oil dengan sebuku sabun. Walaupun botol minyak dia kecik tapi boleh pakai lama. Sesuai untuk babies yang eczema or kulit sensitif cam anak aku and ada anti bacterial protection.

Kalau nak beli aku rasa kat fb da ramai yang jual benda ni tapi ada yang mark up harga la. Kalau tak beli dekat website diorang je. Google tropica beauty keluar la website dia. Haha. www.tropicabeauty.com

Assalamualaikum.

17 comments:

  1. comey je die punye kotak..pernah nmpk jugak dekat iklan2 fb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sebab comel tu yg lagi nak beli..hahaha..kan banyak ada iklan kat fb lagi2 kat piicm nye iklan..tu yg terpengaruh..

      Delete
  2. Salam.
    Good review psl minyak tropika nih. Aina ms lahir byk cradle cap. Pkai mnyak zaitun kasi kmbng pastu sikat. ni tgk ada blk. haihh --'

    tq komen entry sy psl meroyan tu yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wmsalam..ni review untuk sapa nak try je..hehe..kadang2 depends on baby jugak...ada yg tak berkesan..lain2 kulit kan..hhehe// Kalau cradle cap tu memang sapu baby oil then sikat pastu mandi shampoo kan dengan cradle cap shampoo..kejap je ilang..

      Delete
  3. X suka parut itam tu..kan?sampai ati nyamuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..tak suka tak suka..nyamuk cam gila je dok menggigit skang ni..

      Delete
  4. I tgk packaging dia cm x convincing.mcm x serious enough.haha. Dont judge a book by its cover eh? Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..i xplak macam baca camtu..i jenis tenok comel and tgk sesuai tak utk eczema..pastu steroid free and i akan tgk ingredient dia..

      Delete
  5. nyamuk mmg suke gigit budak kecik.org tua cam kite ni xnk pulak digigitnya!uuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..kadang2 nyamuk xnmpak pun tau2 da ada kesan gigit..sabar je lah

      Delete
  6. umar raihan tak sesuai pakai ni. guna urut satu badan, satu badan merah merah...pastu kepala pun merah merah. last last ku lantingkan dalam bakul sampah. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tu la etty tengok jenis kulit gak kan..cam umar raihan pakai sebamed ok Ammar pakai sebamed ta boley..last2 mak dia yg pakai..hahahaha..

      Delete
    2. i memang guna ni pn for my baby..alhamdulillah berkesan :)

      Delete
  7. asz, aku terdengar pasal tropika ni kat radio ikim. memang menarik la dia punya iklan. menarik sbb dgr pasal produk baby ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada eh kat radio ikim? hihi..ni dalam magazine pun ada kan..

      Delete
  8. ok eh tropika ni?nk try la...since Hasif rambut dh agak panjang dan rashes dia naik semula...boleh kot test baby oil ek?anak ada ekzema ni semua pn kena try n error kn......kena bersabar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear i xberani kata ok kat baby lain..sbb dia depends on kulit masing2...s far Ammar pakai ok..macam anak Etty pakai xberkesan..hihi..try n error je la..klo nk beli yg botol kecik cm i beli tu dulu..da ok baru beli yg besar nye..hihihi..tp i pakai kat kepala pastu shampoo dia i pakai cradle cap shampoo..

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)