Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 20, 2013

Sleepless Night

Hellow,

Wednesday blues aku arini sebab baru start kerja today. Semalam dan kelmarin terpaksa apply annual leave gara-gara si anak meragam sebab selsema dan batuk. Bila tidur je, terbatuk batuk terus terjaga menangis menjerit-jerit. Luluh hati mama dia tengok anak dok terjerit-jerit menangis dan sambung batuk-batuk. Nak kata batuk berkahak tak pulak sebab dada dia tak berbunyi. Just bunyi srott srett hingus kat hidung je lah. Start hari Sabtu tengah malam badan dia panas sikit, tapi lepas letak cool fever dan lap lap badan esoknya da okey sikit dan lepas tu dah tak demam. Malam Ahad tu dia meragam menangis tak nak tido padahal mata da tertutup-tutup da sebab mengantuk. Alahai anak kenapa ditahannya mengantuk tu. Kesian mama tengok awak. Isnin terpaksa cuti. Malam isnin meragam lagi start kol 12.30 malam dan tidur balik dekat 2 am. Malam tadi lagi dasyat, dekat pukul 2 lebih baru nak tidur itupun sebab dah penat sangat menangis dan menjerit sambil batuk. Meleleh air mata ni tengok si anak tak selesa tidur macam tu.

Siang okey sikit, dia tidur pun lena je tak batuk sangat. Agaknya malam sejuk tu yang terbatuk-batuk. Aircond memang dah tak pasang la kalau tak makin worst la dia dok batuk. Nak bawak ke doctor aku rasa benda yang sama dia akan bagi and kalau bagi ubat batuk pun mana boleh dia minum kan? Nak bagi madu tualang pun katanya bawah setahun tak elok bagi madu. Tak pasti lah kalau madu tu boleh dicairkan lepas tu bagi dekat budak bawah setahun. Tak tau nak buat ape lagi. Try buat percussion technic tapi si anak ni batuk tak berkahak jadi macam tak de makna pun kalau buat tu untuk keluarkan kahak. Just sedut idung dia untuk keluarkan hingus je. Itu pun aku sedut pakai mulut sebab nak bagi hingus keluar banyak. Risau pulak sedut pakai mulut sebab takut bakteria mulut pergi dekat hidung dia lepas tu buat flu makin teruk.

Sesiapa ada cara nak hilangkan batuk dan selsema untuk budak 6 bulan ni? Tolonggg..eh, nak try tepek kunyit macam dulu kat batang hidung. Lupa plak nak buat.

Semoga si anak cepat sembuh. Amin
Assalamualaikum.

22 comments:

  1. selalu monday blues you wednesday blues ye. sian u and baby. get well soon tau ammar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..harapnya ammar cepat sihat. :) tq cha

      Delete
  2. kesian kat ammar n mama ek..i dah penah rasa kot.btol kata u, paling worst bile masuk tgh malam.huhu!1st time Alisha kena, i terus g klinik dr Nader jek.wat rawatan n bg mamam ubat.lepas tu dh OK. ni br 5 hari lepas dia selsema smula.jangkit kawan kat nursery.huhu!tp kejap jek,2 hari hingus dah kering.i just sapu vicks kat dada,belakang badan, tapak kaki n memanjang DF ajer =)
    malam td dia bersin2 n i terus tenyeh kunyit coz teringat post u yg lepas.hihihi!
    get well soon Ammar sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tak try kunyit tu ctmah? i nk bawak g clinic tapi dr nader tapi dia xberkahak..kang tak dapat nak sedut pape..haha..sian Alisha..i nak DF banyak2 tapi Ammar ni dia isap kejap pastu taknak da..macam mana nak sihat..baby balm da sapu da tiap2 malam..tapi naik bintik2 merah..

      Delete
    2. pagi tadi dia bersin sekali jek,so x dpt le detect flu ke idak.balik nnt i double confirm semula.hihi!Alisha pun sama jek..isap main2 tp nipple tu mesti ada depan muka dia.kalau xde ngamuk.kalau ada wat main2 pulak..aduyaiii! kalau naik bintik2 merah tu,better u stop dulu kot.kulit ammar sensitif kan

      Delete
  3. salam miza, sy ada save tip selsema batuk..sy copy paste kat sini yek..

    CARA PENYELESIAAN selsema+batuk+kahak utk baby :- -cucuk sebiji bawang putih dgn garpu,pastu bakar atas api sampai hitam,pastu lenyekkan bawang td,pastu gaul bawang td dgn sedikit minyak(minyak masak ja),pastu sapukan ramuan td di leher bayi hingga dada,pastu sapukan belakang badan bayi..lakukan 2kali shari,pada sebelah pagi dan malam..InsyaAllah,sembuh...slmt mencuba...:-)

    cubalah yg ni plak...
    semoga ammar sihat cepat :)
    take care

    ReplyDelete
  4. get well soon ammar..kalau u dah jumpa petua,share tau.i pun tak tahu nak buat camna..

    ReplyDelete
  5. salam miza. batuk terjadi kerana baby cuba nak keluarkan virus dari badan dia as well as selsema. eventually dia akan jadi kahak jugak. so no harm buat chest percussion tu selalu supaya dapat keluar through muntah or poopoo. My paed cakap madu boleh letak dalam 1-2 drop je dalam susu jangan banyak and make sure pure honey. ada jual kat farmasi madu manuca tak silap yang elok untuk batuk. tapi kalau x yakin jangan buat. mother knows best.

    Kalau boleh jangan sedut pakai mulut sebab u akan tranfer bacteria mulut u kat dia daripada keluarkan bacteria dia. try sedut pakai pigeon nasal aspirator. recently i ada buat entry tips demam and batuk sebab hamza baru kena. Use vicks for baby kat dada and belakang badan dia and pakai stokin all the time for the time being sebab tapak kaki adalah pusat reflexology badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear..i ada pakai yg pureen nye tapi macam tak keluar sangat hingus..nnt i try tengok yang pigeon punya..pasal sedut pakai mulut tu i ada baca kat mana tah pasal bacteria transfer, tapi i geram gila dengar bunyi ingus tapi xkeluar pakai nasal aspirator pureen. I pakai baby balm yg bau strawberry tu.

      my friend suggest madu khaula..gonna try it. Niat bagi nak sihatkan anak je kan.

      Delete
  6. cepat2 sembuh ye Ammar...acik tk pandai petua2 ni...cuma buat mama Ammar try jela letak kunyit tu...kesian Ammar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie mimah. :) mama Ammar akan buat balik keje nnt.

      Delete
  7. Get well soon Ammar!!!
    I ada tanya Maryam's paed smlm kalau baby batuk/selsema/kahak nak buat cmne. She said df sekerap yang mungkin smbl tepuk percussion slow2 kt blkg bdn dia. Jgn ltk baby direct ke kipas/aircond, atau tmpt berangin. Pastu hiris kunyit nipis2, campur dlm mnyk kelapa. Sapu kat hidung baby n ubun2. Sikit je sapu tu. U boleh la try. I xpnh try lagik so far.hanya teori yg diberi oleh doctor.
    Haa..sapu mnyk telon blkg bdn baby jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammar xmo df sangat tengah sakit ni..nnt dia mengamuk..dia df kejap2 bila let down dia lepaskan..i sapu baby balm..yang kunyit tu tenyeh2 kat lesung and campur kapur skit as what my friend suggestkan..

      Delete
  8. get well soon ammar. i pn xtau nk bg tips apa dh. semua yg komen dh bg segala tips. yg pasti sabar jela.. dh rs 2weeks Hannah ssh tdo batuk segala. huhu.. sbr ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hannah 2 weeks ? Wah lagi mencabar....i pun kena setabah u Lisa. :D Thanks :)

      Delete
  9. Oh baby ammar kena batuk dan selsema ye? pernah dgr minyak jerselin oil dari campuran habbatus sawda? Amat bgus di sapukan di dada, tapak kaki dan belakang bayi semasa kena batuk dan selsema...ubt batuk doktor boleh bg tp kurangkan dos seperti yg disarankan oleh doktor...ju buat cm nih baru pelan2 baik...nanti u baca eh balasan komen pasal photobook tuh dalam blog julia ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julia..i pernah dengar pasal jerslin oil tu...jual online je kan? I da baca comment pasal photobook tu...hihi.. :) anyway thanks :)

      Delete
    2. Good job mama asz miza...bgus u amik langkah cpt beli minyak jerslin...kt umah i beli botol besar...standby awal dh stok kena ada selalu...minyak jerslin tuh mulanya uncle yg yg bagi dari singapore...mulanya utk bg utk sapu kt baby kalo ada mslh kembung perut ke apa2 la...so masa Qaiser batuk teruk plus selsema i sapukan dia minyak tuh lah...dlm dua hari kurang terus batuk dan selsema...mujarab betul sapu bila mula2 kena batuk....hehhe tq dear selamat berphotobook ye :)

      Delete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)