Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 10, 2013

Motherhood : AK's story

Hai,

Lama aku tak cerita pasal perkembangan anak kesayangan kan. Sebabnya dia masih lagi macam tu. Takde ape pun perkembangan terbaru selain gigi nya yang dua batang dibawah dan masih lagi separuh jalan. Mama AK tak dapat nak update milestone AK every months dah. Macam mommies lain, every months akan update dan ada je yang terbaru pasal anak masing-masing. Mama AK baca pun happy je dan berangan satu hari nanti akan dapat tengok AK macam tu. Insyaallah.

Selain dari every months ambil darah untuk monitor thyroid level, jumpa doctor, makan ubat, mama AK mesti lah berdoa kan hari-hari supaya AK dapat grow up macam kawan-kawan sebaya. Pernah jugak kawan husband tolong tanyakan dekat orang yang mengamalkan perubatan islam. Masa dengar tu, wahh  terel sungguh pakcik ni kan. Bagi saja nama AK, nama mama AK dan alamat kediaman, cerita dari A to Z dia tau. Dari mama AK miscarriage first baby siap sebut berapa bulan time tu, sampai ke kisah AK. Katanya AK jadi macam ni sebab terkejut masa dia dalam perut mama 7 bulan. Katanya lagi, mama ditepuk atau terhentak (tak pasti ayat sebenar). Mama ingat lagi masa 7 bulan, mama balik kampung sebab adik mama kahwin. Mama naik flight awal pagi, keluar pukul 3 4 pagi ke LCCT. Balik dari kampung pun naik flight, sampai rumah around 1 pagi. Mungkin otw ke LCCT atau balik ke rumah kejadian tu terjadi atau mungkin masa nak take off ke? Mama pun tak pasti. Tapi katanya semuanya ni terjadi masa 7 bulan AK dalam perut mama. Wallahualam. Jadinya pakcik tu bekalkan minyak untuk disapukan ke tangan kaki AK. Jarang mama sapukan sebenarnya minyak tu sebab selalu terlupa.

Satu lagi cerita, menurut cousin mama, nama AK tak sesuai atau tak kena dengan AK. Ammar : maksudnya pembuat(kasar) sedangkan AK ni lembut dan bijak. Jadinya disuruh panggil nama Ariff. Semoga dia menjadi arif dan bijaksana. Satu lagi nama Khaliq : Pencipta. Khaliq ni termasuk dalam 99 nama Allah. Mungkin nama Khaliq berat. Disuruhnya tukar Khaliq ke Khalid. Mungkin aku lagi prefer tukar ke nama Khaliff atau Khaleef. Lepas tu malam sabtu lepas aku ke Darussyifa untuk jumpa ustaz yang ada malam tu. Ustaz hanya mendengar apa yang kami suami isteri ceritakan. Dia bacakan surah Al-Fatihah dan selawat syifa' banyak kali dan beberapa ayat Quran. Dia kata Insyaallah, jangan risau memang ada budak yang lambat. Yes kami banyak kali dengar ayat tu. :) Air dari Darussyifa kami letak sikit dalam air mandi anak, sapu ke leher dan sendi-sendi sebelum tidur dan guna untuk masak makanan AK.

Usaha mama dan ayah AK seterusnya, pergi ke Al-Hidayah. Ala tempat Asyraf Muslim tu. Haha. Dengar khabarnya orang ramai dan lama nak tunggu. Kalau pergi pun ambil nombor dan tunggu orang Al-Hidayah call untuk temujanji. Tempat ni dicadangkan oleh kawan office mama AK bila satu hari tu mama AK bukak cerita pasal AK. Ayah dengan mama plan nak bawak AK pergi Selasa lepas, tapi sebabkan untuk walk in hanya sampai 1.30 petang sahaja, maka mama plan bawak AK hari Jumaat pagi. Mama terus apply cuti sebab nak bawak AK walaupun ayah AK kata boleh bawak sendiri. AK anak mama jadi mama harus ikut. Kata orang tu kalau datang pagi boleh terus buat rawatan. Bila datang Jumaat pagi tu, orang ramai dan yang jaga kaunter kata buat appoinment hari lain lah. So kami buat la appoinment hari selasa malam. Cuti mama hari Jumaat dipenuhkan menghadap anak tersayang. Harapan mama, semoga ada rezeki AK untuk berubat di sana esok dan semoga semua urusan kami anak beranak dipermudahkan.

Hujung bulan ni AK ada check up untuk 9 months dekat KK. Harapan mama agar kamu dapat tunjuk beberapa perkembangan baru dekat nurse KK yang banyak bertanya. Minggu selepas tu, AK akan ambil darah dan kemudiannya ada tca dengan doc paeds di HPj. Moga ada perkembangan dan berita baik yang akan mama lihat dan dengar.


AK, walaupun dah umur 8 bulan setengah kamu tapi kamu masih tak dapat roll over, duduk tegak, pegang mainan, kepala kamu masih melelong kiri kanan kadang-kadang, tapi kamu anak yang baik, aktif, bijak dan kamu sangat sweet bila senyum. Jangan risau, ambil lah masa selama mana untuk belajar semua benda, mama dan ayah sentiasa support, sayang dan selalu akan ada dengan kamu. Walaupun kadang-kadang kamu bikin panas kami berdua dengan perangai ngengada kamu tapi bila kamu senyum sengih-sengih terus mama dan ayah tersenyum. Mama akan jaga kamu selagi mama mampu sampai akhir hayat mama.

Assalamualaikum.

35 comments:

  1. its ok miza..lambat ke cepat xpe..kite sbg parents same2 bg support...:)

    ReplyDelete
  2. Terer tau AK ada gigi dah. Aisy ada gusi saja..
    insyaallah aunty dan aisy doakan yg baik baij saja untuk AK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ada gigi kuat menggigit bila menyusu..parahhh..haha..

      tq auntie yati. :)

      Delete
  3. patut mama lama menyepi. mama bz rupanya. anything juz text me mama. behind u always n forever. insyaAllah..

    ariff bijak..aunty selalu doakan ariff. take time sayang. iman kawan ariff pun ambil masa dan ramai yang tanya2 itu ini. aunty senyum2 je. sebab aunty tahu..Allah kan ada. ariff bijak comel senyum menawan hati :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq friend! aku tau ko sentiasa luangkan masa untuk mendengar apa yang aku slalu tanya n jawab dengan penuh semangat! i like..

      Delete
  4. dear..alhidayah tu tempat abg i kerja.yang buat appoitment sume boleh thru my bro..tp u dah buat kan?kalau u nak cepat ke apa ke, u pm i kat fb, i blh buatkan utk u.tak perlu u tunggu lama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, anything nnt i pm kat fb yek. :) thanks

      Delete
  5. eh..tue ammar dah angkat tangan.
    insyaallah tak lama lagie ok tue..mama kuat sikit yerk..
    sayanggg ammar tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Mama AK slalu kena kuat demi AK. :)

      Delete
  6. Takpe dear..insyaAllah AK baik2 aje...try la panggil ariff pulak lepas ni..ikhtiar sehabis baik yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skang ni da campur2 panggil nama..ada yg panggil arif ada yg panggil ammar..konpius anak i nanti..keke//

      Delete
  7. Ya allah sedih pulak i baca. Pengorbanan mak ayah utk ank dia. Membesar dgn baek ye syg Ammar.

    Babe. U ikhtiar sehabes boleh. The rest is up to Allah. Inshaallah, ammar takes a little time to be able to do so. Keep hoping n praying. After all, he's such a sweetheart n a healthy cheeky little boy. Tc. Text me whenever u feel so.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I akan ikhtiar sehabis boleh bai demi anak..i nk text tapi segan plak kan tetiba jee nk text meluah perasaan bagai..kakaka

      Delete
  8. sebak pulak i baca.. u r one strong mama.. teruskan usaha.. :)

    ReplyDelete
  9. Ammar.... Aunty tetap sayang ammar tau... Kawan hanafi ni... Dari diorang dalam perut lagi kan kan kan miza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess Hana..derang kawan since dalam perut...hehehe. :) Sayang Hanafi jugak.

      Delete
  10. miza..teruskan usaha tu yek..we all sentiasa support u..
    Insya Allah, Dia maha mendengar..
    i tak sabar nak jumpe AK, nak hugs dia kuat2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun nak jumpa u nak jumpa Alisha Kaisara yang omeiomeiomei..hahaha

      Delete
  11. you are one strong mommy. usaha dan tawakal kepada Allah. InsyaAllah ada rezeki ammar nanti tu. doctor ada suruh buat physio tak u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc xde pun suh wat physio bagai..tapi kat umah i ngan husband sendiri yg google n buat..doc pun tak tau ape sebenarnya prob dia.

      Delete
  12. Kemain pandai dia senyum n tgk camera...
    cepat ja anak2 kita membesarkan..Ammar nak mask 9 bulan da...

    Insyaallah....kita sama2 doakan...
    Akan sampai masanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejam celik je kan :) Sok lusa sedar anak kita da nak masuk sekolah. Haha

      Delete
  13. semoga yang baik2 hanya utk AK. be strong ye mama AK :) AK sgt comeyyy bile senyum huhu

    ReplyDelete
  14. Hensem AK.baru sempat nak baca blog. Huuu. Teruskan usaha dan kami doa yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh Put..Ilman pun handsome boy jugakk. :)

      Delete
  15. so u tukar tak nama ammar you? kalau tak tukar just panggil je takpe kan? harap ammar ok je maybe ambik masa kan. i pernah dengar org cakap baby lelaki memang lambat sikit perkembangan dia. sabar ye

    ReplyDelete
  16. mama jangan sesekali rasa down ye....InsyaAllah ikhtiar mama ayah sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan AK...doa dan usaha..yakin pada Dia kerana Dia Maha Tahu.....anak itu rezeki,amanah dan ujian...kite sabar dan redha...pasti akan ada jalan penyelesaiannya...Amin....ibu hasif sentiasa doa yang terbaik buat AK yang super comel ni tau...:)

    ReplyDelete
  17. mama kuat ye..ammar ok jer tuh..senyuman ammar manis sangatlah..cair auntie ni tau

    ReplyDelete
  18. Miza, baru berkesempatan nak baca blog. You are very strong mommy! Jgn pernah give up tau. In this case i nak stop panggil Ammar lah. You dah confirm ke dgn 'Ariff' tu? Klu ok, i panggil Ariff jer nanti. hehe. I suka panggil nama penuh2 tak tahu kenapa. I ada satu cousin, kitorg sebaya, dari kecik i panggil Syamsul. Dah besar baru tahu nama betul dia lain, jauh sgt. Mak pak nyer tukar nama panggilan sebab nama asal tu berat tuk dia, selalu sakit kecik2 dulu. Wallahualam. Kita usaha jer, selebihnya tawakkal kat Allah SWT. ;)

    ReplyDelete
  19. insyaa Allah..mungkin secare fizikal nyer Ak tak menonjol..tapi Ak anak yang cerdik..anak yang pintar...comel sangat pulak tu...jangan putus asa...masih terlalu awal tuk patah semangat...perjalanan Ak masih jauh...:) selebih nyer..bnyk kan solat hajat.ni lagi bulan pose ni..doa asz sebagai ibu pasti mujarab...insyaa Allah.. :) aty dan kawan2 lain akan sentiasa sokong asz yer...:)

    ReplyDelete
  20. Harap-harap Ammar baik-baik aje. Actually, Naurah kena ambik darah selepas satu tahun untuk detect "something". Harap-harap "something" tak ada kat dalam tubuhnya just like me. Sampai sekarang macam taknak cakap lagi pasal benda tu.

    ReplyDelete
  21. salam kenal, ensem baby ammar, pandai dia senyum hehe...sy doakan yg terbaik utk baby ammar.. =')

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)