Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, July 18, 2013

BFJ : Expressing during Ramadhan

Hellow,

Ramadhan kali ni special sikit sebab this is my first time menyusukan dan mengepam tengah puasa. Sebelum ni tak pernah pun sebab takde nak ganti puasa pape. Ada puasa nazar pun tak tertunai lagi sebab takut sangat la production drop. Dah tu bila datang bulan yang wajib berpuasa, dah takde alasan lagi untuk tidak berpuasa sebab aku kena hadap jugak. Beberapa hari sebelum puasa aku dah tak sabar nak puasa sebab aku yakin apa hasil yang keluar tu lah rezeki untuk AK. Besides that aku tanya la kawan-kawan yang pernah puasa sambil expressing their milk untuk tips yang berguna. Haha. First minum air banyak, makan kurma, minum segala milk booster during sahur etc.

First day puasa, aku makan kurma banyak sangat dan minum horlicks. Lepas tu aku siap-siap pergi kerja. Pagi subuh tu aku skip pumping sebab breast macam tak full susu je dan harapannya masa sesi kol 10 pagi tu dapat la full bottle. Unfortunately, hasil pagi tu telah berjaya psiko kepala otak aku bahawasanya puasa je susu drop. Oh tidak, tapi lepas tu aku nampak hasil susu akak opis aku yang maintain banyak, terus aku rasa yang aku kena tukar mind set. Silap aku first day puasa, masa sahur minum air masak sikit. 2nd day aku try minum air masak bebanyak time sahur sekali dengan horlicks+ESP. Malam sebelum tu aku minum waterchestnut. Makanya hasil hari kedua dah back to normal. Aku terus apply formula meminum ayaq masak waktu sahur dengan banyak pada hari yang seterusnya sampai today. Paling kena tahan, rasa nak terkencing tu. Minum air banyak, so cepat la nak terkencing. Hari-hari aku datang office terus ke toilet dulu. Gila perasaan tak tahan nak terkencing tu. Rasa macam nak shuffle je bila menahan tu. Hahaha

Bulan puasa ni aku pam paling banyak 2x je. Selalu sekali, kalau pagi masa sahur dah full atau bengkak macam nak burst je, aku pam dulu. Pastu kol 10 aku pam lagi. Kalau pam 2x sesi paling banyak dapat dalam 16oz. Bagi aku selalu kalau dah dapat 2 botol penuh sehari pun da ok sebab AK minum 100ml/3.5oz per session untuk 3x masa aku pergi kerja dari kol 6.30am - 4.30pm. Paling banyak pun 4 botol. Sikit kan dia minum. Makan takyah cerita la. Sedih kadang masak beriya sesedap tapi anak makan tak semangat. Aku je semangat bagi dia makan. Dah bagi Appeton pun camtu jugak.

Selalunya hari Ahad yang aku perasan aku punya breast macam tak berat dah. Dah tu mesti aku gelabah takut tak cukup susu nak bagi si anak minum untuk minggu seterusnya. Tapi selalunya hari Isnin je drop, lepas tu dah ok balik. Harapannya dapat la aku produce amount susu yang mencukupi untuk si anak sepanjang Ramadhan ni, jadi aku tak kisah le kena makan banyak ke minum banyak demi menampung keperluan susumu anak. Selalu aku set kat kepala yang susu sentiasa cukup walaupun aku takut sangat la anak aku tak cukup susu nanti, pastu dalam kepala otak mesti terfikir, "Macam mana nanti kalau susu betul-betul tak cukup? Boleh ke aku nak bf sampai 2 tahun?" Blablabla etc. Kadang malas nak layan perasaan takut diri sendiri.

Ada satu hari tu, rasanya baca post Mommy Cha pasal sesi mengepam ni kot, pastu Mommy Cha cakap milkbooster dia adalah tempe. Terus aku balik beli tauhu, buat goreng makan dengan kuetiauw. Peh, esoknya 2x aku pump. Menjadi jugak kat aku tauhu, dan seangkatan dengannya. Oklah tu je kot. Tulis post ni pun sorok-sorok sebab ramai pulak yang lalu lalang belakang aku. Tak dapat den nak ngepost hasil mengepam sebab  ada certain orang tak suka tengok, tapi kalau aku lagi suka tengok kalau orang upload hasil production mereka. Boleh bagi semangat gitu. Breastfeed during ramadhan ni sangat penat tau tak, tapi tak sepenat masa direct feed. Kalau DF memang lagi aku letih, rasa dehydrated habis. Aku rasa kalau duk kat opis mengepam lagi bertenaga dari df kat rumah sebab kat opis sekali tu je la pam, kalau kat umah tiap 2 jam nak kena df. Hehe. Tapi kalau df lagi cepat stimulate susu keluar kan.


Mama & AK
 Till then, Assalamualaikum

10 comments:

  1. akak dah tak jalan milkbooster apepun......kadang nak nangis.bulan puasa ni gigil bila dh nak ke petang.tapi demi anak.tetap jugak produce..semoga Allah terus bagi rezeki utk dia....

    ReplyDelete
  2. amboihhh senyum lebar dia ye

    ReplyDelete
  3. Hana dah tak pump kat office sebab malas. Tapi make sure balik rumah memang akan pump. masa tu breast tgh bengkak sangat. sebelah kanan Naurah bf, sebelah kiri hana marmet. so far masih dapat 10 oz. Tapi depends jugaklah kalau hana kurang minum air putih atau makan nasi sikit pagi tu boleh dapat 5oz je. hana pun suka post gambar production ebm tu, bukanlah niat nak menunjuk tp sbg self motivated.

    ReplyDelete
  4. chaiyok miza. insyaallah ada rezeki ammar tu :)

    ReplyDelete
  5. Good job MiZa. Keep it up. Inshaallah ada rezeki Ammar tu babe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..u r so lucky miza =)
    i dah cuba mcm2 tapi semakin merudum..huhu
    dah topup pun ngn FM..huhu

    ReplyDelete
  7. Yea...yang pnting kita kena set susu banyak n cukup kan...=)

    Comel ammar senyum♥♥♥

    ReplyDelete
  8. iman tam menyusu kerap sangat. sebab makan, minum, makan biskut, makan roti, makan bubur, minum lagi..sebab tu kot kurang minum susu. apapun, sangat betul..kalau mind set setting cantik, minum air masak banyak..badan tak kekurangan air. InsyaAllah..dah berjaya ke tahap ini..xkan nak mengalah. mesti boleh punya mama..susu untuk AK banyakkkk :)

    ReplyDelete
  9. Comel sangat si ammar ni. Gewamp aunty. I masa first week tu susu merudum sangat. sekali pam dapat 1 to 2 oz jek. Both sides tau. Sedey. Ingat dah penghujung bf journey dah. Rupanya sebab nak period. Masuk 4th day P dah ok balik susu. Slowly and gradually meningkat balik. Takla banyak. Tapi bolehla si Farhan bawak bekal gi taska. Hang in there sis. You are doing great!

    ReplyDelete
  10. manisnye senyuman ammar itu,,,sangat suka tengok..:)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)