Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 27, 2013

Eid 2013

Hellow,

Dah nak habis raya baru terhegeh-hegeh nak update kan. Selalu sangat nak update tapi tak berkesempatan. Cewah ayat kan. Balik cuti raya je the boleh katakan every week busy pergi sana sini, open house, birthday party etc.
Otw to Penang

Raya kali ni balik Penang, best la sebab dapat balik kampung sendiri. Kurang best sebab takde jalan ke rumah sedara mara kat sana. Aku, AK and husband stay kat TH Hotel. Raya first pagi tu gerak pergi rumah tok around kol 9 kot sebab AK da siap-siap dia nak susu pastu terus terlelap. Mama ngan ayah dia da cantik-cantik pakai da dia bantai tido pulak kan. Dah la tak sabar nak makan ketupat palas sama rendang kuah kacang etc. Sampai umah tok apa lagi mentekedarah la dulu. Sian husband takde nasi impit pun sebab orang penang ni biasa raya buat ketupat palas je. Dah tu takde rendang ayam, ada rendang daging, paru and hati. Haha. Nasib lah labu. Lepas tu raya dengan sedara mara makcik dan seterusnya lepak je rumah adik kat floor bawah je. Dah lama tak jumpa my baby sister so sembang bagai la. Tengahari tu balik ke TH Hotel on the way siap tapau kfc. Haha. Ape punya raya daaa. Balik hotel, tido anak beranak, dekat petang siap and gerak ke rumah tok, lepak-lepak and pergi QB dengan adik & cousins.
TH Hotel. Source : Agoda
Theme purple this year




Hari jumaat, 2nd day pergi rumah tok pun around 2pm sebab orang sembahyang Jumaat sume kan. Sampai sana, lepak and then pergi Tesco Extra nak beli barang for BBQ malam tu. Malam tu BBQ bagai, habis around kol 11 kot and balik hotel and kemas bag. Esok pagi kol 8 gerak balik KL sebab saing sekali dengan cousin yang tinggal kat Kajang. Habis cerita raya kat Penang.

dengan my baby sister

with cousin
Assalamualaikum.

11 comments:

  1. wah lepak kat jambatan tu best je tgk.. xpe, xrasa raya..dpt pkai bju raya pun mesti rasa raya :P hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..family belah mak i kalau buat BBQ memang suka kat bawah jambatan tu..best kot dengar bunyi kereta lalu kat atas...hahah

      Delete
  2. ooo boleh eh bbq kat situ.hehehe

    ReplyDelete
  3. AK comel!
    mama sila rajin update blog ye..lalalaa

    ReplyDelete
  4. i igt lg kr kata dia akan stay hotel if blk kg side i. skali tgk dia ok je stay kg.hahaha

    ReplyDelete
  5. Miza....cousin u nm apa? Muka sgt familiar

    ReplyDelete
  6. mula2 i pun plan nak dok hotel sb risau aisya...sekali dia okkk je...kampung hubs pun ok sangat2...pastu hati rasa mcm tanak balik...huhu

    ReplyDelete
  7. kejapnya u kat kg. kalau i balik penang dhla jauh mesti i nak lama lama sikit huhu

    ReplyDelete
  8. Miza, hana lagilah tak berupdate lagi cite raya. Raya dah nak habis 2 hari lagi ni. Haish, malas sungguh,.

    btw, Ammar hensem basang. butang baju melayu tu, mana dapat? comel.

    ReplyDelete
  9. wahh...sama jugak baju raya theme purple !! saya pun x habis2 lagi update cerita raya..padahal raya dah nak habis dah...huhu

    ReplyDelete
  10. Cantik ah theme purple korang. Boleh i consider utk tema thn depan. Kikikiii.. I pun macam u, raya2 mesti nak cari nasi impit kuah kacang. Walaupun allergic sebab konfem2 jerawat akan naik batu2, sanggup makan tu sebabkan Raya. Huhu..

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)