Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 05, 2014

AZ : Turning Two

Helloo..

Lama tak update. Tau tau je update bila anak nak masuk 2 tahun. Minggu depan je ni. Tak sabar rasanya. Plan for a short getaway for him. Only 3 of us je. Nanti nak bake small cake for AZ. Plan nak buat makan-makan macam tahun lepas tapi for a small group je tapi fikir balik macam penat pulak. Nak mengemas rumah la apa la nak masak nak bake lagi. Macam-macam pulak kerja nak kena buat sendiri. So a short weekend getaway kira ngam lah. Maybe the next following week baru nak gather dengan few close friend. Ingat nak ber picnic party. Plan to bake a cake, cook a simple food pastu gather sambil picnic. Sembang-sembang sampai lebam. 

Lagi satu yang buat aku tak sabar is to introduce AZ dengan formula milk. Tak tau lah apa nasib aku nak wean off dia. Sampai ke tidak hati aku nanti bila malam dia nak bf sampai tido. T-T. So far until up to yesterday still buat pumping kat office tapi sekali je. Sebenarnya dah malas nak pump kat office ni dan AZ pulak jenis tak nak menyusu dekat rumah bs. Baru baru ni je nak tapi kena guna syringe. Haish la anak. Membazir je tau susu mama. Tapi bila fikir kang kalau aku tak larat ke tak sihat nanti suh je husband panaskan ebm bagi kat dia sebab kalau kat rumah ok plak dia nak bottle feeding. 

AZ punya progress macam mana eh. Tak tau nak cakap cam mana tapi keep on progressing cuma dari segi fizikal jalan ke duduk ke ape belum boleh lagi. Therapies still on. Kat private therapist on weekend basis. Hospital Putrajaya rehab once a month tapi macam bulan 8 kena postponed ke October.  September session takde. Hmm ni yang malas kalau government hospital.  Try nak mintak referral letter to PPUM dengan rehab hospital kat Cheras tu tapi paeds yang kitorang jumpa masa tca baru-baru ni macam tak bagi je. Dulu Dr Firdaus macam-macam dia push kitorang. Menyesal dulu tak pergi rehab cheras. Menyesal sekarang tak guna pun.

Lagi satu problem constipation AZ masih lagi gitu. Doc cakap biasa la budak CP memang ada masalah macam tu sebab tak leh nak control their muscle sume. Aku ni pun tak keep on bagi lactulose ye jugak. Teruk pulak rasa. Bagi bila teringat or rajin je. Bila anak dah melalak menangis nak berak baru menyesal tapi kang lepas tu bagi dua tiga kali pastu lupa or malas. Bad mom. Makan dia kadang dia ok kadang tak ok. Baru ni berat dia turun tapi dia punya height ok. Anak turun berat mak pulak naik. Lantaklah asal tak sampai 60kg lagi mak nye diet main-main je lah. Hahahaha.

Okaylah rasa macam takde update lagi kot pasal AZ. Until then, Assalamualaikum. 

1 comment:

  1. Moga dipermudahkan untuk miza dan keluarga.. :)
    Si kacak itu tetap kacak dimataku :)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)