Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 29, 2010

Cuti Cuti Malaysia

Cuti lagi? Tak cukup lagi ke cuti hujung minggu sampai nak ambil cuti hari bekerja? Ape lah sangat yang nak buat kalau bercuti dekat rumah? Paling koman pun mesti nak berjalan dan lepas tu esoknya dah malas nak pergi kerja. Lepas tu mintak cuti lagi. Ingat kampeni bapak kau yang punya? Suka hati je. Ok ni sebenarnya ayat merepek. Yang apply cuti tu aku lah. Haha. ;)

Patutnya aku hanya ambil cuti 2hb Julai je. Bukan cuti saja-saja suka-suka ayat-ayat ganda-ganda. Annoying betol bila ada ayat double banyak kali lepas tu tak jadi double terus jadi trouble. Aku cuti jumaat ni sebab ada exam. Sabtu pun ada exam. So sebab hari sabtu memang cuti buat ape aku nak apply cuti lagi kan? Cuti apply satu hari je, alih-alih hari khamis ada meeting pulak dekat Shell House @ Damansara Height pagi tu. Then aku terfikir pulak, kang dah habis meeting nak kena gerak gi office balik, nak bagi alasan apa dekat Boss since dia tak boleh tahu pasal meeting tu. Dah habis pikir, aku wat keputusan nak apply cuti hari khamis pulak. Settle.

Bagus juga cuti hari khamis tu, habis je meeting aku akan balik rumah terus tido puas-puas. zzzz. Hoi! Aku mana boleh tido. Esok nak exam ada masa nak study aku nak tido pulak. So aku buat keputusan akan study sebanyak mana yang boleh. Boleh ke kau study buku rujukan yang tulisan macam dalam novel? Ayat panjang-panjang dan boleh buatkan orang mengantuk? Kalau aku nak baca buku rujukan aku kena buku yang banyak point-point penting yang selalu masuk exam. Baru lah senang aku nak hafal. Banyak je alasan aku kan? Sebenarnya aku malas nak baca then cari isi penting lepas tu highlight point-point tu. Malas gile kan? Ah lantaklah.

So sekarang ni, lepas habis je post entry ni, aku akan sambung baca buku balik. Hehe. Baca je. Belum tentu masuk dalam otak ke tak. Haish. Aku paling malas nak membaca bab-bab sejarah ni. Dulu masa SPM pun sejarah yang orang lain boleh dapatkan A pun aku dapatkan B je. Memang fail la aku bab-bab nak membaca dan menghafal ni. Ape je lah yang aku rajin kan? Calculation oke kot? Lagi-lagi kalau dah time gaji. Laju je la aku keluarkan calculator fx 570ms aku nak kira. Padahal pakai handset pun boleh nak kira basic-basic macam tu. Bukan ada masuk tanh ke sinh kan?

Sebelum aku membebel tah hape-hape banyak-banyak lebih baik aku stop sampai sini je. Babai.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)