Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, July 02, 2010

Sleeping Beauty

Salam,

Just woke up..dasyat kan? Takde lah..just woke up few hours ago. Dalam pukul 2 petang kot. Eh bukan-bukan, aku tak pasti. Tapi yang aku pasti dah beberapa jam aku bangun. Aku bangun dari tido yang start dari pukul 1 lebih tadi. Balik exam pukul 10 lebih, lepak cafe dekat Yayasan Selangor sambil borak-borak kosong dengan kawan-kawan aku. Text si dia tanya lokasi beliau sebab dia janji nak datang kutep aku lepas exam.

Si dia datang kutep, dya tumpang sekali sampai Bangsar. Malas nak pusing jauh-jauh dekat KL Sentral walaupun KL Sentral dengan station LRT Bangsar dekat je. Tapi macam jauh sebab nak kena pusing-pusing balik nak masuk Jalan Bangsar dengan jem gile sebab tengah ada construction flyover dekat trafic lite tengah-tengah tu. So ape kejadahnya aku dok explain pasal jalan dekat Bangsar bagai?

So, agenda sebenarnya nak gi Jalan TAR nak beli bunga telur untuk bunga pahar tapi tak jadi pasal si dia nak hantar bali rumah terus sebab dia nak gi tukar timing belt kekasih baru dia. Huh..nyampah..Nak ikut dia tapi dia tak bagi. Yelah kang tunggu lama mula la aku membebel sana sini. Hahaha..Tau takpe! So i've decided nak pergi jalan TAR esok je. Hehe. Oh ye aku baru teringat yang Kak Nurul kata nak gi Jalan TAR sok. Boleh la aku ikut beliau. Yess..

Balik rumah lepas exam ingat nak study TITAS untuk exam sok, tapi malangnya aku ni macam ada aura mengantuk sejak balik rumah. Lagi-lagi aku baru lepas makan ikan keli bakar yang sangatlah sedapnya. Yummy! Faktor tu lah yang mendorong aku untuk tido pada waktu tengahari. Hahaha. Lepas ni agenda aku adalah untuk study. Tapi malam sikit lah. Haish..main tembak je lah. Kalau ada soalan subjektif esok ni, confirm aku tak jawab ataupun aku akan jawab merapu. Terbaik wooo..

Lepas ni nak upload pic my lover's lover. Sampai hati beliau..huhu. Tapi aku happy sebab dia beli untuk kami nanti. KAMI. ;)

Bye.

3 comments:

  1. great life..congrats la nk bina masjid da =))

    ReplyDelete
  2. wah..suka ikan keli bakar?? mesti suka nk lawat blog ikan keli....jom kawan...

    ReplyDelete
  3. wani: insyaallah if panjang umur, murah rezeki and of coz ada jodoh..;)

    keli: OMG..keli oh keli..mesti la suka keli bakaq..sedap woo cicah dgn sambal belacan/air asam..

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)