
Buat baik pun salah, buat jahat lagi la salah. So nak buat ape je lagi? Buat tak tahu je? Macam-macam la ragam orang sekarang nih. Makin pening kepala di buatnya. Kalau tak pening memikir kata pentingkan diri sendiri la apa la. So what's the solution? Kita hidup kena la ada give and take a.k.a tolak ansur. Takkan hidup memanjang nak give je, yang lain take je pastu take it for granted. Lagi satu hal. Bila dah tolong tu pandai-pandai la fikir sendiri. Aku bukan nak mengungkit ataupun tak ikhlas menolong, tapi kalau dah aku boleh tolong ASAP, by the time aku nak mintak tolong ASAP, sila la buat secara ASAP. Yang ni aku dapat hape, jangankan ASAP habuk pun tade.
Kadang-kadang kita dah tolong orang tu bukan sebab kita nak something in return tapi sebab kita tahu tuhan bagi kita rezeki bukan untuk kita sorang je. Mungkin kalau tuhan bagi rezeki lebih tu tuhan nak kita kongsi rezeki kita dengan orang lain, ataupun tolong orang lain yang dalam kesusahan supaya apa yang kita dapat lebih berkat. Itu aku tahu, tapi malangnya mereka yang ditolong ni macam bak kata pepatah " Bagai melepaskan anjing tersepit ". Maksudnya yang dari pemahaman aku sendiri yang tak seberapa nak pandai ni, dah kita tolong orang alih-alih dia pulak yang menyusahkan kita balik. Manusia oh manusia.
Ini lah isu yang kadang-kadang ataupun selalunya yang buat aku malas nak bagi pinjam duit dekat orang tak kisah la sama ada mereka ni memang tengah terdesak ataupun saja-saja suka buat loan dekat kawan-kawan ke tak. Mereka boleh cakap aku kedekut sebab aku tak nak bagi pinjam kat mereka ni, tapi aku ada reason aku sendiri kenapa aku kalau boleh nak elak dari bagi pinjam duit ataupun harta pusaka aku yang lain. Sama ada korang semua pernah terfikir atau tidak, orang yang nak meminjam duit ni, boleh ke mereka bayar balik duit kita kalau sekarang pun mereka agak susah, so bila kita nak suruh pulangkan, diorang nak pinjam dari siapa pulak nak membayar duit kita tu? Itulah hakikatnya bila dah sekali duit short, kita akan cover duit dari tempat lain then duit yang meng'cover' duit short tu pulak short so kita nak kena cover duit tu and so on sampai la kita akan ada rezeki @ duit lebih untuk settlekan masalah cover meng'cover' tu. Faham tak konsep dia? Tak faham sudah. Sila pejam mata dan tido.
Lagi satu, aku agak was-was dengan peminjam yang katanya akan bayar pada tarikh-tarikh tertentu. So bila dah sampai tarikh tu aku pun menunggu la dengan harapan duit yang dipinjam akan dibayar semula. Malangnya sunyi sepi senyap diam quiet silent tanpa sebarang khabar berita dari si peminjam. Haish..allergic sungguh. Kalau dia kata,
" Thanks ye bagi pinjam, sorry susahkan kau. Nanti ada duit aku pulang balik "
aku boleh terima lagi sebabnya dia tak bagi harapan kepada aku untuk menunggu pada tarikh-tarikh tertentu. Ni kalau dah ayat macam ni
"Thanks ye bagi pinjam, sorry susahkan kau. Nanti dalam 28 atau 28hb aku pulangkan balik bila dah dapat gaji"
Kalau yang ni lah yang selalu bagi aku harapan untuk menunggu. Kalau on time, confirm lepas ni kalau dia nak pinjam aku akan bagi pinjam lagi walaupun aku kadang-kadang tak cukup duit. Sebab aku tau dia lebih memerlukan dan dia akan bayar on time. Tapi, kalau dah sampai masuk bulan baru dah tengah bulan pun tak bayar-bayar lagi macam mana? Aku ni kalau nak memintak/menuntut hutang ni cukup punya penyegan. Takut pulak diorang kata aku ni berkira la kedekut la dan macam-macam lagi. WTH? Aku yang susah payah bagi pinjam tapi mereka pulak nak kata aku macam-macam kenapa? Macam lah aku yang berhutang pulak kan?
So kesimpulannye sekarang, jangan jadi penyegan nak mintak duit balik. Tapi seriously aku memang segan nak mintak balik. Aku tau dia pun bukan ada duit, tengah ada masalah. Tapi..tapi..tolonglah bertimbang rasa sikit ye. Confirm orang macam dia ni aku tak boleh bagi pinjam duit dah. Serik woo..aku tak tau sama ada dia akan bayar balik ke tak. So redha je lah, moga-moga aku ada rezeki lain nanti.(Applicable bila si peminjam tanak bayar only)



hahaha..
ReplyDeletebetol3..
klo jenis yg camtu, lenkali jgn kasi pinjam je..
dala die pnjam duit kite, pa2 time nk baya mcm kite lak pnjam duit die..
kasi smack down ja tu olang..