Hidup ini bukan semudah yang kita sangka. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan sahaja yang akan menentukan. Doaku agar apa yang kurancang selama ini akan terlaksana walaupun banyak halangan yang harus aku tempuhi. Hari demi hari, aku rasa kan hidup ini sangat memeritkan. Ada sahaja yang akan berlaku yang akan membuatkan aku kadangkala terasa ingin berputus asa saja dari apa yang aku lakukan. Kerana tidak mahu dikatakan cepat mengalah, aku gagahkan jua kaki ku untuk mengharungi hari yang mendatang. Aku terpaksa redha dan akur akan ketentuan Illahi. Dalam hati ku sematkan keredhaan terhadap segala yang berlaku.
Aku letih, aku sakit, aku penat, aku bosan dan aku tak tahu apa lagi yang aku dapat gambarkan tentang apa yang aku rasakan. Aku rasa seperti aku bukan diriku yang sebenarnya. Aku tahu, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti, tapi aku tak dapat menahan apa yang aku rasakan. Berat sangat apa yang aku lalui. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Pedih hati ini, menahan marah dan duka yang aku pendam selama ini. Mereka lihat aku gembira, mereka lihat aku bahagia tapi itu hanya luaran. Palsu belaka. Aku terpaksa menceriakan diri aku supaya aku tidak akan merasa susah hati. Aku cuba buat yang terbaik pada semua. Aku CUBA. Malangnya apa yang aku lakukan seperti tidak mengerti mengapa mereka susah untuk memahami apa yang aku lakukan. Kalau lah mereka mengerti pasti tidak akan ada salah erti dan buruk sangka.
Andai dapat kutangisi apa yang kurasakan, seluas lautan tak akan dapat menakungi air mata yang aku pendamkan. Mereka bisa berkata agar aku tabah dan sabar menghadapi segala dugaan, tapi tahukah mereka bahawa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Hulurkan sumbangan ringankan beban. Itulah ayat yang digunakan di dalam rancangan "Bersamamu" di TV3. ;) Tapi aku bukan mahukan sumbangan seperti mereka. Alhamdulillah pendapatan yang aku miliki sekarang masih dapat menampung hidup aku yang serba serbi tidak sempurna ini. Aku cuma mahukan pengertian dari semua yang aku harapkan.
Aku tidak mahu belas kasihan dari mereka. Aku mahu hidup yang bahagia. Aku mahu buang segala derita. Aku tahu suka dan duka adalah rencah kehidupan ini, tapi aku benar-benar tidak mampu untuk menanggung apa yang ku rasakan. Maaflah, aku tidak pasti mengapa hari ini tiba-tiba aku rasa mahu menulis coretan ini. Semuanya hadir tanpa ku sangka. Aku tidak mahu ada sebarang prasangka yang terit dari hati mereka. Aku hanya menulis ini sebagai satu luahan hati yang tak dapat ku pendam dalam hati ini. Aku harus lontarkan semua keluar agar aku bisa tenang. Walaupun untuk sementara.
=)


kenape nih...jom ar lpak mlm nih...aku de kat puchong..papehal..msj no celcom aku k...
ReplyDeletenape ni dear??u cn tell me if u need a gud listener..mwahss!
ReplyDeleterandom feelings..;)
ReplyDeleteuihh...
ReplyDeletewuts wrong wif u?..
sick n tired of sumthing..
waaa, fes time jadik gwunk..
dis coming blan posa im going to make up sum biz..wish me luck...