Minggu ni tak habis-habis dengan entry random aku. Mungkin sebab aku ni memang tak tahu nak tules hape lagi dah kot. Tiap-tiap bukak blogger-Dashboard, tapi haram satu idea tak keluar. Adalah keluar idea sikit-sikit tapi disebabkan otak aku ni RAM dia tak berapa nak laju, so idea tu aku let go je lah sebab aku tau aku tak boleh nak elaborate idea tu untuk tules dalam entry supaya jadi menarik. Apa kurangnya jugak entry ni yang tak menarik. Hari-hari dok tunggu sambungan kisah seram Encek Zack dalam belog beliau. Patutlah suka sambung-sambung, dia tengah exam ghopenye. Permintaan tinggi sungguh cerita beliau tu.
Hari ni aku nak cerita pasal belajaq. Disebabkan esok aku dah mula start belajaq balik setelah cuti selama seminggu, aku nak la jugak cerita pasal blajaq nih. Dari mula umur 5 tahun dah belajar sampai la umur 23 tahun ni, tak habis-habis blajaq lagi ke? Dah 18 tahun jugak aku dok memerah otak yang tak seberapa nak pandai ni eh..Dalam usia aku nak mencapai 23 tahun dalam beberapa bulan je lagi ni, aku still ada 98 credit hours untuk dihabiskan. Memandangkan aku ni tengah study part time, so maksimum credit hours yang boleh di amek time sem biasa ialah 10credit, short sem pulak 6credit. Average aku amek 8credit untuk sem biasa dan 5 credit sem pendek. So setahun boleh la amek dalam 21 credit. Hah bahagi dengan 98credit tengok..4.67 tahun. Kiranya lagi 5 tahun aku nak habis blajaq..ooii time tu aku dah umo 28 tuuu..kawan-kawan sume dah siap ada PHD gamaknya. Aku lak dok terkial-kial habiskan degree. Mungkin time nak grad aku dok bawak sorang dua anak dah kot. Hahaha.
Cakap pasai blajaq nih, aku teringin lah nak blajaq kat luaq negara tu. Macam best je bunyinye kan? Lagi-lagi negara yang ada 4 musim. Pehh mesti best habis. Abang opis aku kata, kaler kulit kita akan berubah ikut suhu dekat sana. Mesti aku jadi putih melepak gile kalau duduk dekat sana. Kah3. Tak dapat akubayangkan. Sedangkan aku baru pi blajaq dekat dalam negara pun dah sedih nangis tak mau jauh dari pemili, ni kan blajaq jauh beribu-ribu batu nun sana. Mampuih aku buat tindakan nekad lari balik Mesia. Haha. Stop it. Bodoh betoi la aku ni. Kalo tak mesti aku dah berjaya lani. T-T
Blajaq kat luaq negara ni pun ada yang tak bestnya jugak kan? Mau dapat tempat yang susah nak dapatkan makanan halal, susah jugak tu. Kering kontang aku duduk dekat sana nanti. Slim melim aku oi. Mak aku kata macam kambing perut cekung. Tah hape-hape tah. Dia tak paham konsep aku nak kurus ni kot. Haha. Selain dari susah nak dapatkan makanan Halal, harga makanan dan living cost pun tinggi jugak kan? Aku tengok statistik living cost student kat luaq negara tu yang No.1 ape lagi kalau bukan Japan. Go Nippon Go. Nasi semangkuk mau dekat bape puluh hinggit. Kat mesia nasi bungkus yang penuh harga RM1 pun dah student kecoh-kecoh kata mahai. Mana tak nya, dari lima kupang naik pi lapan kupang pastuh teruih naik seringgit. Melampau.
Lepas tu, kalau aku duduk dekat obersea, paling syahdu mahdu sampai menitis ayaq mata adalah time bulan posa dengan Raya. Paling terasa Raya la. Memang syahdu habis, lagi-lagi kalau hampa dengaq lagu raya yang mendayu-dayu tuh. Huh, tak dapat haku bayangkan oi. Tapi yang bestnya, bila ada kengkawan yang senasib, huish memang syok habis! Dapat pi jenjalan kat Europe, pi Italy, New Zealand, Paris dan sewaktu dengannya. Haha. Aku kalau bab berjalan NOMBOR 1 tau dak? Tapi kalau takdak duit tak guna jugak kan?
Wah-wah aku bercerita bagai nak rak..tapi apa kan daya, bukan rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran mahupun bekerja di luaq negeri. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Maksudnya ; walaupun seronok atau best mana pun duduk dekat negeri orang, tapi yang paling best negeri sendiri jugak, tanah tumpah darah kita. Hah, dah nak masuk bulan 8 ni kena semangat patriotik lebih sikit sebab nak masuk bulan kemerdekaan. Bulan aku menjadi tua lagi setahun jugak. T-T
Hah, malas dah aku nak tuleh pepanjang, penat nak menaip woo. Rasa mengantuk pun ada ni, almaklumlah tengah selsema. Lagi la rasa nak zzz.. AdiOss


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)