Salam and Good morning. Baru jam 8.55 pagi, dah terasa sangat bosan. Nak pergi makan pagi, geng-geng kapak semua dah pergi pagi tadi and ada yang baru pergi tanpa mengajak aku. Alah, diorang pun tau aku jarang sangat nak keluar pergi makan. Takpelah, pagi-pagi tadi sampai aku dah minum nesvita 3 in 1. Cukup lah nak bagi nutrien kat badan aku ni yang makin hari terasa makin sengal. Tidur salah posisi kot. Tu yang tulang-tulang rasa lenguh and sengal. Abaikan je lah.
Jadi, agenda aku hari ni adalah..tak tau lagi. Kesian. Ape je aku nak buat kan? Kerja yang currently aku tengah buat since last 2 weeks kena hold dulu. So memang selain dari kerja tu aku dah takde kerja lain daripada melangut tak tentu pasal dan memerah idea untuk buat entry. Bulan puasa lagi few weeks ahead je, adakah aku sudah bersedia mengahadapi kesesakan lalu lintas sewaktu bulan puasa? Jeng jeng jeng. Maybe last year takde ape sangat sebab aku duduk dekat rumah sewa but since this year aku duduk dekat rumah sendiri balik..mesti tension punya lah..Semua berebut nak balik awal konon-konon nak masak untuk buka puasa tapi silap-silap derang beli je kat pasar ramadhan. Haha. Betoi tak? Tak betol tak pe, hampa memang rajin bangat!
Cerita pasal bulan puasa mesti best, sebab dia berkait dengan bulan Syawal iaitu Raya!! Dan kemungkinan besar raya tahun ni aku akan sambut dekat Penang. Oh kampung halaman ku. Aku tengah berkira-kira nak ambil cuti berapa hari ni time raya. Maybe maksimum dalam 4 hari je kot. Baju raya aku, emm aku beli kain cotton dan jahit sendiri. Sekarang aku dah siap potong habis dah semua kain kepada part-part yang patut. Tinggal nak jahit tepi and jahit kasi siap je. Tah hape ghopenye bila da siap nanti. Harap-harap sesuai la di buat baju raya, kalo tak alamatnya aku kena pi beli yang ready made je laaa..;)
Haish, lepas ni aku nak buat lah entry pasal lauk pauk dan hidangan time bulan Ramadhan. Keh keh keh, confirm tengahari kang aku lapa and pergi makan. Takpun, tido saja laaa. Teringin nak pi makan chilli's dekat OU. Haish..selera macam anak jin la kau ni.Oke lah, that's it..teruja rasanya nak buat entry pasal juadah berbuka ni. Hahaha..TAMAK!


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)