Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, August 30, 2010

Cincin oh cincin

Salam,

Hari jumaat lepas berbuka dengan Encek Kajicuaca,
kononnya dinner for my birthday in advance la sebab kan sabtu tu aku ada kelas sampai malam.
Akhirnya tercapai juga dinner dekat Garden Cafe @ The Curve.
Mula-mula just ingat nak ke OU je sebab dekat situ pun ada Garden Cafe juga, plus ada banyak kedai jewellery kot? Tapi lepas tu aku rasa better pergi The Curve sebab parking lagi senang rasanya lagi-lagi hari tu Public Holiday untuk Selangor.

Sesampainya kami di The Curve, terjumpa lak minah sorang ni, Nani. Dah lama tak jumpa dia rasanya macam dah setahun lebih. Lepas tu jalan-jalan pergi usha restaurant dulu, mana tau nak kena buat reservation dulu ke. Then find out yang dah fully reserve kalau nak juga walk in lah dalam pukul 6.30 camtu. Ada lah dalam sejam lebih nak tunggu sampai pukul 6.30, so jalan pergi Habib Jewels kejap.

wah wah wah! aku suka..walaupun encek kajicuaca nampak macam cuak.

Belek punya belek, aku dah jumpa la yang aku suka, tambah tolak discount 45%, jadilah dalam RM900++..tapi malangnya takde saiz aku kot, tapi dia kata boleh resize. So kami kata takpe lah, mau jalan-jalan dulu. Jalan lagi then gi beli plaster sebab kaki ku suda melecet. Sape suruh pakai heels camtu. Damn.
Sampai time, pergi Garden cafe and pilih meja dekat dalam, sebab takut dekat luar hujan balik. Makan-makan sampai kenyang lepas tu gerak balik. (Food review kat Garden Cafe dalam next entry lah ye).

Aku kata, " Sayang jom singgah IOI, rasanya dekat sana ada Wah Chan".. Dia pun kata, OK.

Haish..aku malas la nak type entry panjang-panjang..

Gi IOI masuk TOMEI sebab Wah Chan takde dekat situ, jumpa lah yang lebih kurang sama dekat Habib Jewels, tapi harga dia mahal sikit.

Persoalannya sekarang..macam mana nak pilih cincin tanpa ditipu oleh apek kedai emas yang suka membohong? Emas 916 + American diamond harganya lebih murah berbanding emas 750+diamond(katanya lah). So macam mana kita nak bezakan sama ada diamond tu betul atau tidak? Ataupun sekadar gem stone biasa yang tidak ada harga sangat? Perlu kah aku pilih white gold yang mahal dan tidak ada harga kalau hendak di gadai bersama real diamond? atau pun aku perlu membeli cincin emas kuning yang harganya semakin hari semakin naik bersama seketul batu berlian yang belum pasti ketulenannya?

aaaaaarrhhhh..aku bingung!
Solitaire Ring - Saya mesti pilih!
Aku suka yang simple dan takde crowded dengan batu sangat. Yang atas ni just nice untuk aku. Haha.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)