Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 31, 2010

Hari-hari terakhir bersama Luna

Tinggal lagi beberapa hari je lagi, to be exact, lagi dua hari untuk aku bersama arnab hitam kesayangan aku. Luna akan bertukar milik, eh jap bukan tukar milik, bertukar hak penjagaan. Luna tetap milik aku. Poor my little fatty Luna. Aku akan bagi kawan aku dekat N9 untuk bela Luna bersama arnab-arnab beliau yang lain. Aku pasti Luna akan bahagia di sana bersama teman-teman baru dan sespesis dengan dia. Tiada lagi gangguan kucing sawan kecil yang jahat dan bongkak.

Luna pasti akan merindui aku dan begitu juga dengan aku. Berat hati rasanya nak melepaskan Luna pergi, tapi apa kan daya, semuanya demi kebaikan Luna juga. Aku harus redha dan pasrah. Kalau Luna duduk dengan aku sampai akhir hayat dia, dia mungkin akan terseksa. Terkurung di dalam sangkar dan hanya kadangkala dapat keluar melompat-lompat dengan girang. Tatkala menulis entry ini, air mata ku sudah membasahi pipi, mengenangkan keadaan apabila tiada Luna disisi. T___T.

Luna, bila dah sampai di tempat orang, jangan kau mengada-ngada memilih makanan ataupun jangan kau sombong. Belajarlah cara untuk berkawan dan bergaul mesra bersama teman sespesis kau. Salah aku juga kerana kau begitu. Aku tidak memberi kau teman untuk berkawan, yang hanya ada hanyalah seekor kucing kecil yang sawan dan cacat yang sering menganggu kehidupan kau di dalam sangkar. Jangan makan kertas ataupun kotak, mahupun mengigit wayar apabila kau berada di sana nanti. Kau akan bebas apabila berada di sana. Carilah pasangan hidup agar kau mempunyai generasi yang sangat comel.

Hiba je hati ini bila fikirkan raya kali ini aku tidak akan beraya bersama kau. Tahun lepas pun memang aku tak beraya dengan kau. Kau beraya di dalam kedai haiwan di IKANO sebab aku belum beli kau lagi. Luna, kau janganlah risau. Aku akan sentiasa update keadaan dan status kau apabila kau disana. Aku pasti akan merindui kau teramat sangat. Saat ini, Luna berada di dalam pangkuan ku. Mungkin buat kali terakhir. Mungkin esok lusa aku sudah sibuk dan tak dapat memegangnya lagi. T____T

Okeylah, setakat ini sahajalah. Aku mahu meluangkan waktu bersama Luna. Babai

Luna ku sayang..


p/s : Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53 Malaysia!

3 comments:

  1. aih.. kenapa bagi luna kat kawan?
    belikan aje kawan dekat luna, abes cite..
    tak payah bagi kt orang..
    klo da syg, bela laa.. jgn let go.:-)

    ReplyDelete
  2. cakap senang lah..yang sekor ni pun susah nak menjaga..aku pun ada banyak komitmen lain..kalau tambah lagi sekor mana lagi nak letak? Sangkar sekarang pun kecik..nak kena beli nesar sikit, tambah makanan lagi..kang kalau beranak lagi susah..DUIT semua tu..

    ReplyDelete
  3. klo cenggitu, let go is d best thing. so, b tough! :-)

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)