Tadi ada yang datang,
dia menyuruh aku mengisi satu borang,
borang yang disertakan dengan gambar rajah.
Wah menarik! Barang free lagi..^____^
Aku terpaku sebentar sebelum mengisi,
Ar sudah, mana satu aku nak isi ni??
Lantas aku selak helaian di sebelah.
Gambar rajah tersebut disertakan dengan jadual.
Aku memandang dia, dia memandang aku.
" Size you ape?"
Sambil jarinya menunjuk di dalam jadual,
pada kotak yang tertulis "chest"
Aku pandang dia kembali,
" Nak kena kira nih..Selalu kira dulu "
Dia memandang aku kembali,
" Takkan you tak tau size you kot?"
Aku lihat jadual itu kembali,
Oooo..ape la sengal sangat aku ni..benda tu rupanya..
"Oh yang tu ke? Kalau yang tu yang ni la.."
Sambil jari ku menunjuk di baris 35"
Aku unjurkan saiz ke atas dan ianya terletak pada kotak XS.
Aku diam sebentar.
Betul ke ni?
Tangan aku mencapai pen yang diberi,
dan mula mencatat.
Ladies XS
Kemudian dia pergi.
Aku pula sedang berfikir-fikir lagi.
Kalau tak muat masuk nanti macam mana?
Malu juga kalau pakai macam sarung nangka.
Ada masa nak tengok balik ni. Boleh tukar kalau salah.
Tapi semua hanya monolog dalaman sahaja.
Aku meneruskan kerja yang sedang dibuat.
Resah dihati masih lagi terasa.
Dan hingga sekarang, aku masih belum berkata-kata.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)