Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, August 16, 2010

Random Planning

Hari sabtu lepas, berbuka bersama teman sekelas.

Apa yang special nya berbuka pada hari tersebut?
Banyak yang best dan seronok.
Itulah kali pertama kali berkumpul dan berbuka sekali.
Yelah tahun lepas masa kami baru kenal,
dah masuk bulan December, raya dan puasa pun dah lepas.
Jadi Ramadhan kali ini, kami akan berbuka puasa puasa lebih bersama sebanyak dua kali.

Kali yang kedua dijangkakan akan lebih meriah,
dengan sambutan hari jadi aku sekali pada Sabtu itu.
Seronoknya rasa menyambut hari jadi serta berbuka bersama.
Kami sudah membuat perancangan tentang menu.
Walaupun pada minggu tersebut kami ada Ujian untuk subjek Solid Mechanic,
tapi kami still excited woh!

Menu yang akan di bawa :

Aku : Chocolate Moist Cake/Cupcakes
Sharon : Kek Lapis Asam Manis Sabah ( Sorry, dia bukan orang Sarawak)
Ira : Spagetti
Dya : Her famous Dadih. (Sedap oi)
Wan Hora-Hora : Hotdogs, Nuggets
Din : Air + Junkfood! =)
Azfar : Murtabak etc ( runner to the nearest Bazaar)

Pada minggu tersebut juga kami (ladies only), akan tidur di hostel di UTM.
Sebabnya kami rasa terlalu penat untuk ulang alik balik rumah dan esoknya harus ke kelas seawal jam 7 pagi..

Ape ape pun ini hanyalah rancangan semata-mata.
Kami tidak pasti sama ada akan terjadi atau tidak.
Tapi bab berbuka bersama-sama tu,
JADILAH YE!
dan aku tahu kenapa aku teruja pada hari tersebut.

Sekian, random untuk kali ini. =)

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)