Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, August 06, 2010

Get well soon dik Melow

Pagi tadi, dalam pukul 12.40 a.m akak aku call,
dia kata dik melow jatuh pulak.
Aku terdiam mula-mula.
Aku tak tau nak kata apa.
Kesian dik melow walaupun dia nakal gile dekat rumah.

Akak aku kata, dia balik kerja dia bukak sliding door.
Lepas tu macam biasa lah anak-anak dia akan berterabur keluar,
menikmati kebebasan lah katakan.
Lepas tu, dah tengah malam akak aku nak tidur,
dia pun panggil anak-anak dia sekor sekor masuk dalam balik.

Masa tu dik melow ada dekat rumah hujung sana,
bila dia dengar akak aku panggil,
dia lari lah nak pergi dekat akak aku,
tengah lari-lari dia tergelincir,
sebab dia gemuk dan berat,
dah tergelincir...
dia jatuh terus dari tingkat 8 sampai bawah atas tanah..
T-T kesian dik melow..

Akak lari-lari turun bawah,
dia takut sangat apa-apa jadi dekat dik melow,
dik melow kuat, lepas jatuh dia jalan sikit sampai bawah pokok.
Mulut dia berdarah, macam Kiki jatuh hari tu.
Akak call sambil menangis, kesian akak.
Dia sayang dekat kucing-kucing dia.

Aku harap dik melow akan jadi kuat macam Kiki.
Kiki pernah jatuh dari tingkat 8 jugak,
tapi Kiki sangat tabah dan kuat, she's survive after all.
Dik Melow, you will survive too, just like Kiki.
Get well soon dik Melow!


- Dik Melow -


p/s : Petang ni lepas morning shift akak aku, dia nak bawak dik melow pergi UPM. Nak check if something tak kena. Harap-harap dik melow tak apa-apa. Aminnn. [ kucing ada 7 nyawa kan?]

2 comments:

  1. get well dek melo..don't make me say farewell..
    chaiyok2..aja aja!!!!
    bole mlawat dek melo sok...
    nk bawak buah tangan ape ye?
    whiskas?ke menan tikus?

    ReplyDelete
  2. err..sedekahkah yassin je la..
    hahahaha..

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)