Saya tak faham kenapa dia suka sangat dengan saya,
Saya pergi kemana-mana dia mesti ada.
Tak kiralah siang atau malam, dia mesti ada.
Maaflah, saya bukan tak suka dia,
tapi saya dah ada orang yang saya suka.
Walaupun saya kenal dia lagi lama dari En Kajicuaca,
Tapi saya tetap tak boleh lepaskan dia pergi.
Eh jap, maksud saya..err..saya tak boleh berenggang dengan dia,
walaupun saya tak suka dia ikut saya merata-rata.
Arr..saya dah tak faham apa yang saya nak cakap ni.
Kenapa dia selalu menghantui saya?
Mungkinkah dia adalah hantu dan sebab tu lah dia menghantui saya?
Saya tak pasti, yang saya tahu dari kecik lagi dia suka ikut saya.
Sampai sekarang and right now, dia ada dekat dengan saya.
Saya dah cuba berkali-kali elakkan diri saya dari dia,
tapi dia macam tak faham bahasa je.
Ke saya yang tak faham bahasa dia?
Kalau saya pergi dating pun,
saya perasan dia akan ikut saya.
Eh eh, tapi kan En Kajicuaca saya pun ada yang mengikut juga.
Betullah, kiranya si dia pun ada kembar yang suka mengikut.
Mungkin En Kajicuaca saya tak perasan kot.
Selama ni saya nak tanya nama dia,
tapi kawan saya cakap dia memang suka ikut orang pun.
So jangan takut.
Bodoh la, saya tanya siapa nama dia dekat kawan saya, bukan tanya kenapa dia ikut saya.
Saya tanya balik, tapi kawan saya macam tercengang-cengang.
Kawan saya kata,
" Bukan ke tadi aku dah sebut nama dia ?"
Lepas tu saya kata,
" Hah, yeke. Takde pulak aku dengar. "
Kawan saya kata,
" Ada lah.."
Saya kata,
"Takde lah, hah dah tu ape nama dia?"
Kawan saya kata,
" Bayang-bayang la sengal! Ko ni ape suka tanya soalan bodoh dekat aku?"
dan aku pun kata,
"Oooohhh..yekeeee"
Lepas tu dua-dua diam.
THE END


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)