Salam,
Jumaat hari yang paling di tunggu,
sepatutnya hari ini WHPH,
tapi entah kenapa dibatalkan
Sebab sepatutnya minggu depan.
Esok aku ada kelas..
bosannya..
Homework tidak dibuat lagi.
"Penat.." itu sahaja alasan aku.
Lukisan tentang projek patut disiapkan.
Tapi aku buat tak kisah.
Sebab aku malas..
Badan aku rasa sengal semacam,
mungkin salah tidur posisi semalam.
Baru bangun dari rehat 20 minit.
Rehat dengan melelapkan mata di atas meja.
Patutlah badan aku sakit sangat..
Bersembang di internet bersama adik tercinta,
tetapi seperti ada yang menghalang.
sambungan internet asyik terputus.
Penat aku log keluar dan masuk beberapa kali.
Banyak yang aku fikirkan semalam.
Terlalu banyak dan aku jadi bingung.
Oh ya, semalam aku berSMS dengan kawan ku, Nahla.
Mengajak dia berbuka bersama-sama,
Dia mempunyai dua baucer berbuka di Topicana Hotel.
Itu yang aku suka..bukan, itu yang kami suka.
Kami suka jalan-jalan cari makan.
Lepas ini aku akan jadi teman Nahla,
teman untuk menghadiri undangan berbuka puasa di luar.
dan aku sangat suka.
apetah lagi temanku itu.
krrrr..krrrrrukkk..krrriok..
Baiklah, aku sudah rasa lapar.
Mungkin aku patut berhenti disini.
Babai


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)