Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 12, 2010

Untitled : 02

1217hrs
Menara AA

Suasana dalam pejabat sunyi,
hanya terdengar bunyi papan kekunci yang sedang ditekan laju.
Kelibat lima orang pekerja kelihatan.
Empat darinya sedang tekun di hadapan komputer,
seorang dari mereka sedang tidur.

Hari kedua berpuasa tidaklah seteruk mana.
Semalam juga sama.
Mungkin kerana aku sudah terbiasa,
terbiasa untuk tidak keluar makan,
dan mungkin kerana aku terbiasa untuk tidak makan.

Mata mengantuk menandakan waktu untuk berehat.
Merehatkan mata dari sinaran radiasi dari komputer.
Merehatkan badan yang berkerja keras,
kerja keras untuk membakar lemak supaya dapat dijadikan tenaga.
Tenaga digunakan untuk mengelakkan kelaparan.

Aku patut berhenti disini.
Tahap mengantuk ku sudah tak dapat ditanggung lagi.
Jumpa lagi nanti, di entri yang berikutnya.

Babai.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)