Salam,
Hari pertama puasa,
badan seperti tidak biasa untuk berpuasa,
Ah, alasan sahaja.
Mataku mulai terpejam, dan celik kembali
Pejam dan celik, untuk beberapa saat.
Mengantuk, itu yang aku rasakan sekarang.
Bila datangnya perasaan mengantuk ini,
lantas ku tulis satu entry.
dengan harapan yang perasaan itu akan hilang.
dan hilang...
Apa kan daya, masa tak akan kembali..
okay aku dah mula merepek.
Semalam aku berterawih, alhamdulillah.
Dapat juga aku berterawih pada malam pertama.
Meskipun cuma lapan rakaat bersama dengan solat isya' berjemaah di masjid.
Satu pencapaian yang bagus untuk diri aku.
Maaflah, sempat sampai lapan rakaat sahaja kerana..
kerana aku perlu pulang segera dan menonton televisyen.
cerita Vampire's Diaries telah mula setengah jam yang lalu.
Tapi aku dapat juga menghabiskan setengah jam yang terakhir.
Kelam kabut pulang ke rumah, sampai tazkirah 15minit pun tak sempat.
Ish..ish..ish..teruk betul.
Perasaan lapar dan dahaga tu tiada,
cuma..mengantuk.
dan aku memang menjangkakan perasaan ini
dan telahan aku tepat belaka.
Cikgu BM, Pn Norhafiza pasti bangga dengan bahasa Melayu aku,
walaupun aku dapat B4..-__-"
Okay takde kena mengena dengan entry ni.
Pagi tadi hanya bersahurkan oat dan susu anlene.
Konon-konon mahu kenyang sehingga petang.
Malam ni tidak tahu sama ada mahu ke masjid atau tidak.
Mungkin aku akan ke sana.
Tapi, lapan rakaat sahaja seperti semalam.
Aku perlu pulang dan tidur awal.
Tidur dengan secukupnya.
Supaya aku tidak mengantuk keesokan hari.
Mudah-mudahan..
Itu sahaja, mungkin aku akan lebih rajin buat entry pada bulan Ramadhan ini.
See you guys later. Babai


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)