Yeay, i'm back dan sangat letih wohh..
Baru siang tadi buat entry pasal sabtu yang silly.
Itu pun sebab pikir tak dapat nak kemana-mana and tak dapat nak makan takoyaki.
But guys, sekarang dah tak dah..(:
yeay, yeay, yeay..i'm so happy.
dapat makan takoyaki tiga bijik dah buatkan aku gembira.
silly me.
encek kajicuaca sanggup menunggang motosikal untuk ke mid valley dan beli takoyaki dekat jusco.
kesian dia, tak boleh nak memandu kereta sebab sakit bisul.
Ape-ape pun, terima kasih..(:
Kami ke sri kembangan dengan hajat untuk mencari sepatu leper untuk di pakai nanti.
tapi tak jadi kerana terus ke rumah cousin encek kajicuaca kerana beliau ingin membersihkan rumah baru beliau.
Kemudian kami jadi volunteer membersihkan rumah tersebut.
Penat wohh, tapi best sebab boleh keluarkan peluh, tak payah susah-susah nak pergi jogging dua tiga round taman.
jumpa dengan si kecik Rima Marissa yang comel gila tu.
Aaaaa..bestnya kalau ada anak yang comel cam dia. =D
Balik membersihkan rumah tersebut, kami pergi makan.
Nak makan dekat kedai idaman, tapi tutup. *&^%%$^^&&
marah tau aku camni, penat pusing-pusing dekat kawasan kedai tu!
Last-last makan kedai apa tah, air kurang gula, spageti kuah cair dan nasi goreng dengan ayam kecik.
Tapi semua not bad, takdelah tak sedap. Habis licin jugak tau.
Okeylah, nak sambung tengok cerita korea sampai habis. Marathon KDrama lah malam ni.
Babai.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)