Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, September 26, 2010

Membeli belah

Hujan dekat sini,

Azan isya' berkumandang.

Pehh..layan je kalau tido ni..tapi belum solat lagi.

Berjalan-jalan membeli belah dari tengahari tadi sampai hendak ke maghrib.

Gila ke kau ni? suka sangat menghabiskan duit.

Gaji yang baru masuk dua hari lepas hanya tinggal 32.8% sahaja dalam bank.

Kalau termasuk yang tunai yang ada dalam tangan, hanya tinggal 42.4%.

Lebih dari separuh gaji aku dah hilang.

tapi nasib baik yang mana penting aku dah selesaikan seperti PTPTN, duit belanja adik, duit simpanan kahwin dan bil telefon.

Oh ya aku lupa, aku belum tambah nilai touch and go untuk kegunaan ke kelas pada hujung minggu.

Lupa lagi, duit minyak dan parking untuk sebulan untuk ke tempat kerja dan duit minyak untuk ke kelas.

Haish, banyak betul nak kena tolak.

Kalau tolak semua di atas, duit untuk aku berpoya-poya hanya tinggal 28.7%.

Cerita pasal membeli belah di mall tadi,

Hajat mahu beli sandal atau flat shoes sahaja, tapi end up aku beli wedges.

  


kemudian treats for my mommy, large extreme chocolate dekat San Francisco's dan dinner plate dekat kepsi (KFC).

kemudian pantang nampak Daiso,konon-konon nak masuk saja-saja tengok tapi kemudian keluar kedai membawa plastik bag dengan barang.

Balik je rumah, online dan nampak hangbag dan dress yang cantik terus berkenan dan mahu beli.

Bincang dan minta pendapat dekat encek kajicuaca dan beliau kata OK. Dan dan je lepas tu order dan buat payment cepat-cepat sebab takut habis stock dan sampai lambat. Silly me.

Dan sekarang baru mahu menyesal sebab ada nampak ciri-ciri shopaholic dalam diri tapi with brain. With brain sebab aku rasa aku beli dan pakai sampai lunyai. Haha..okay what?



Sekarang tengah mengira duit yang tinggal dan dari situ lah aku dapat percentage status duit aku for time being.

Harap-harap aku tak beli apa-apa yang merepek lagi sampai hujung bulan depan, atau lagi senang sampai gaji yang akan datang.

Aminnnn..

T 3 T

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)