Dah beberapa jam Luna pergi dengan penjaga baru,
Sedih tu memang sedih, tapi life goes on kan.
Semua ni untuk Luna juga.
Dia perlukan kawan dan teman sespesis untuk bermain, melompat.
Dalam hati dok risau,
Luna nak ke makan nanti kalau tak dalam cage?
Luna boleh ke tidur takde bekas biru dia?
nak ke dia keluar dari kotak dan duduk tempat lain?
boleh ke dia kawan dengan arnab lain?
takde yang buli dia ke nanti?
Haish..banyak sangat persoalan yang ada dalam otak aku ni lepas aku hand over gi penjaga baru.
Hand over tanpa bayaran. dah la aku beli dia mahal-mahal, maintenance tinggi betul Luna tu.
Semalam lepas balik hantar Luna, aku, mak, akak dan kawan akak pergi Downtown. Ramai sangat orang. Letih aku berjalan. Lepas tu balik dan bila sampai rumah, terus aku jerit macam biasa Lunalunalunaluna..Aku tau Luna dah takde dalam cage tu, tapi aku dah rasa macam terbiasa lak masuk rumah panggil Luna.
Pagi tadi aku sampai office, aku dapat FB message dari penjaga baru Luna. Dia suruh aku jangan risau pasal Luna. Mau aku tak risau, kang dia jual Luna kang..tak pasal-pasal dia yang dapat untung bukan aku. Dah lah dia dapat free-free aje lepas tu jual dia pulak yang untung. Ape ape pun, itu amanah yang aku bagi dekat dia untuk jaga Luna. Aku harap dia jaga elok-elok.
Lepas ni dah tak dapat nak usap bulu Luna yang panjang dan mengerekot sikit atas kepala tu. Lepas ni tak dapat nak grooming Luna dengan ribbon dan segala macam benda supaya Luna nampak girly sikit. Luna, Luna Luna, aku harap kau tak akan lupakan aku. Aku akan update status kau selalu okey.
Hugs and kisses from me to you, Luna.
Until we meet again.
![]() |
| Will be always in my heart - LUNA - |



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)