Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, September 02, 2010

So Long and Until We Meet Again

**********************************************************************
Selamat tidur kekasih gelapku
( Oh... Luna )
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejati mu
Takkan pernah sanggup untuk melupakanmu

Selamat tidur kasih tak terungkap
( Oh... Luna )
Semoga kau lupakan aku cepat
Kekasih sejati mu
Takkan pernah sanggup untuk meningggalkanmu

**********************************************************************
Salam, hari ni merupakan hari terakhir aku bersama Luna. Tak sampai 24 jam pun lagi aku akan bersama binatang peliharaan aku itu yang telah ku beli dan bela sejak 10 bulan yang lalu. Masa aku beli Luna, dia baru dalam 2 3 bulan. Kecil dan comel. tapi tak mesra alam. Arnab yang aku nak beli suppose to be white in colour, tapi disebabkan aku nampak Luna yang kaler itam, aku terus macam..I'll take this one. Semua binatang yang aku bela kaler itam, bermula dari Black kucing pertama aku yang mati dalam keadaan yang mengerikan. Selepas itu diikuti dengan Boo yang berwarna hitam serta berstokin putih. Boo mati dalam pantang..mungkin. ini semua salah aku kerana terlalu sibuk belajar dan abaikan dia..


Berbalik kepada cerita Luna, aku menatang dia bagai minyak yang separa penuh. Memenuhi segala kemahuan dia dalam pemakanan, walaupun aku hanya mampu membeli makanan yang harganya RM2 bagi 1kg. Aku tahu Luna suka pada rumput Alfalfa, lantas kubelikan dia 1kg rumput yang berharga RM14..wah macam berkira je aku ni..Aku juga telah membawa beliau ke klinik haiwan 4 kali kerana jangkitan fungus/kurap yang dialami oleh dia sehingga dia sembuh. Kali terakhir berat Luna ialah 1.6kg dan dia dikatakan gemuk oleh adik aku.


Pada malam ini, aku akan menghantar Luna ke Putrajaya untuk bertemu dengan kawanku dan memberi Luna kepada beliau kerana beliau akan pulang ke kampung halaman yang mempunyai banyak arnab. Kuharapkan agar Luna bahagia disamping teman-teman baru nya. Aku rasakan inilah keputusan yang terbaik buat aku dan Luna. Aku yang selalu sibuk dan Luna yang inginkan teman dan perhatian.
Sekian sahaja.
Wassalam

Kitar Hidup Luna
Selamat Tinggal Luna..bon voyage..haha

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)