Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, September 06, 2010

My 100th and Tepung Pelita Story

Salam dan Selamat Pagi,

Baru nak masuk pukul 9 pagi. Hari Isnin, macam biasa la semua malas nak buat kerja, lagi-lagi bila dah dekat nak Raya ni. Banyak orang yang dah start cuti awal and balik kampung awal semata-mata nak elak kesesakan lalu lintas. Petang ni aku nak tengok jalan dekat Federal Highway macam mana pula, ada yang berubah ke tak ni. Alhamdulillah ni dah masuk entri yang ke 100 aku buat. Banyak juga lah yang telah aku merepek dalam ni kan?

Raya tahun ni, aku start beraya awal 5 hari. Kalau yang tahu kenapa, bagus lah kan? Elok-elok je lagi 5 hari nak menyambut Syawal, aku dah sambut dulu dah. Bagus juga sebab tak payah lah aku nak ganti puasa sampai 9 10 hari macam tahun-tahun lepas. Jadi, apa yang special nye pasal entry yang ke 100 ni ye? Oleh sebab aku tak pernah merepek sampai macam ni, aku tak tahu nak buat apa lah nampaknya. Cuma meneruskan cerita repekan dari aku sambil makan kerepek. Oh kerepek pisang, aku teringin mahu makan kau. Siapa ada jual? Tolong lah jual dekat aku. Aku nak makan kerepek pagi raya ni. T____T..dahlah Luna dah takde, kasihani lah daku ini.

Hujung minggu lepas aku takde class, jadi aku menghabiskan masa aku dengan bangun lewat, tidur lewat, melepak, tengok TV dan keluar berbuka di luar dengan akak dan abang ipar. Hari ahad ada penambahan aktiviti iaitu membuat kuih tepung pelita. Aku dah lama nak buat cuma tak sempat-sempat je. Busy dengan class lah katakan. Resepi tepung pelita tu aku grab dari Blog Rai. Nak diikutkan dia masukkan dalam tupperware je, tapi sebab aku nak juga bagi kuih tu nampak macam kuih tepung pelita, jadi aku buat lah bekas empat segi dari daun pandan yang aku ambil dekat tepi rumah aku. Jadi juga lah bentuk kuih tu.

Oleh sebab first time aku buat, lambat sikit lah sebab aku macam slow sikit. Nak baca resepi lagi nak kacau bahan-bahan lagi. Kena tengok resepi banyak kali sebab takut tersalah masuk sukatan bahan. Bahagian hijau dia aku buat dulu, tapi lupa nak bahagi kan separuh sebab orang dekat rumah aku tak banyak. Takut membazir kalau buat banyak-banyak. Lagi pun bekas daun pandan yang aku buat pun ada 10 je. Memang tak cukup lah. Lepas tu yang layer santan tu aku buat separuh je.

Dekat sejam juga buat, akhirnya jadi dengam jayanya. Aku follow 100% dari resepi just bahagikan sukatan kepada separuh saja. 10 bekas daun pandan dan satu bekas kaca aku dapat hasilkan. Lepas dah kukus sekejap, aku masukkan dalam fridge bila dah sejuk. Mak aku pantang kalau masukkan makanan yang masih panas dalam fridge. Rosak nanti katanya.

Ni lah hasilnya. =)

Hajat sebenarnya nak bagi Encek Kajicuaca dalam 6 bekas, sebab untuk family dia sekali. Dekat rumah setakat 4 bekas je dah cukup kot. Takde siapa yang nak makan sangat kuih muih ni. Semua pakat serbu lauk pauk je.

Al kisah nak di jadikan cerita, dalam pukul 6 lebih tu. Ada lagi sejam nak berbuka, terjadilah suatu kejadian yang sangat mengecewakan aku. Mak aku dah terbalikkan semua bekas kuih tepung pelita aku dengan jayanya. Hancur luluh perasaan aku bila tengok kuih aku dan takde rupa paras. Nasib baik lah ada 3 bekas yang masih boleh di namakan lagi kuih tepung pelita. Aku cepat-cepat ambil dan simpan dalam plastik untuk encek Kajicuaca. Mak aku dengan muka selamba je buat tak tahu. Hati mana yang tak bengang. Aku diamkan je lah walaupun dalam hati memberontak gile!!

Masa waktu berbuka, aku hanya makan sisa kuih yang ada. Nasib baik lah ada lai kuih di dalam bekas kaca. First time rasa kuih buatan sendiri di bulan puasa, pehhh..memang sedap lah. So lain kali mesti ikut resepi ni. Lepas tu aku text encek kajicuaca bertanyakan pendapat dia tentang kuih yang aku buat tu, dan dia kata; boleh niaga, super duper sedap oi.  Hati mana yang tak gembira walaupun diselaputi duka tentang tragedi tumpahan kuih. Okeylah, perut aku dah start sakit. Aku stop dulu. Babai.

p/s : kalau sesiapa nak resepi tu, KLIK SINI.

3 comments:

  1. waaa..it looks yummy..bak sket.
    wat kt wawan je ek..hehehe
    terel lah wat bakul pakai daun pandan..
    santekk!

    ReplyDelete
  2. @eiNz huhu, come here and i'll make one for you..;)

    @siDia sila lah amek..amek je semua..keh3

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)